2 mins read

Ribuan Huni Sungai Langat, Lebih 500kg Ikan Bandaraya Berjaya Ditangkap SPIA


Ribuan Huni Sungai Langat, Lebih 500kg Ikan Bandaraya Berjaya Ditangkap SPIA

Kewujudan pelbagai spesies ikan air tawar di negara ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Bukan itu sahaja, ikan yang dapat ditemui di sungai, tasik atau lombong itu turut menjadi kegemaran ramai.

Bagaimanapun, kebimbangan muncul saban tahun apabila bilangan spesies ikan invasif juga turut meningkat. Keadaan ini perlu diberi perhatian kerana ia boleh menganggu keseimbangan dan menjadi ancaman kepada ekosistem air tawar negara kita.

Ikan-ikan tersebut berasal dari negara lain dan ia kebiasaannya dibawa masuk secara sengaja atau tidak sengaja. Salah satu ikan yang kini menjadi ancaman besar ialah ikan bandaraya.

Justeru, pelbagai pihak kini melipatgandakan usaha untuk menangkap ikan-ikan tersebut bagi memastikan ikan air tawar di negara kita tidak terjejas.

Baru-baru ini, Skuad Pemburu Ikan Asing (SPIA) telah mengadakan operasi menangkap ikan asing di Sungai Langat Selangor.

Pengasasnya Mohamad Haziq A Rahman atau lebih dikenali di Facebook sebagai Tok Tuah Channel Haziq, berkata sebanyak enam spesies ikan asing berjaya ditangkap setakat ini.

BACA JUGA: SPIA Malaysia Tangkap Lebih 52 Tan Ikan Bandaraya Di Seluruh Malaysia

Ikan tersebut ialah tilapia hitam(900 g), lampam Jawa(4 kg), lampam Siam (150 g), keli Afrika (8 kg) , patin Siam (7 kg) dan ikan bandaraya (532.2 kg).

“Beribu ekor ikan bandaraya membuat ‘aksi akrobatik’ di permukaan air sungai, ini membuktikan kawasan ini telah lumpuh dari pembiakan ikan tempatan.

“Operasi memburu ikan bandaraya sedang di lakukan oleh team Skuad Pemburu Ikan Asing,” katanya menerusi kiriman pada 23 Julai.

Operasi itu masih lagi sedang berjalan dan Haziq memaklumkan ia turut disertai oleh Jabatan Perikanan (DOF) Selangor.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji usaha mereka menangkap ikan-ikan tersebut dan memelihara ekosistem air tawar.

“Hancur ekosistem untuk ikan-ikan lain, teruskan perjuangan untuk hapuskan ikan pendatang ni,” kata seorang netizen.

“Teruskan usaha banteras ikan bandaraya daripada merosakkan ekosistem ikan tempatan,” kata seorang lagi.

Sumber: Tok Tuah Channel Haziq

The post Ribuan Huni Sungai Langat, Lebih 500kg Ikan Bandaraya Berjaya Ditangkap SPIA appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center