
“Rider” Grab Redah Bangunan Terbakar, Bertungkus-lumus Selamatkan Kucing
“Rider” Grab Redah Bangunan Terbakar, Bertungkus-lumus Selamatkan Kucing
Seorang penghantar makanan di Thailand menuai pujian di atas keberaniannya meredah bangunan terbakar semata-mata untuk menyelamatkan seekor kucing.
Menurut portal Mustsharenews, kejadian penuh dramatik itu berlaku di daerah Bang Sue pada 21 Julai lepas.
Tindakan lelaki berkenaan menjadi tular selepas rakaman beliau cuba sedaya upaya memberi bantuan kepada kucing tersebut dimuat naik ke TikTok oleh orang ramai.
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat kucing yang diselamatkan penghantar makanan itu berada dalam keadaan lemah dan tidak sedar.
Manakala lelaki berkenaan pula dirakam memeriksa sama ada haiwan itu masih bernyawa dan bertungkus-lumus memberi bantuan.
Difahamkan, penghantar makanan juga merupakan seorang anggota sukarelawan penyelamat.
Pemilik kucing tersebut dikatakan tiada di rumah ketika kejadian itu berlaku, manakala haiwan berkenaan ditinggalkan sendirian di kediamannya dengan kipas dalam keadaan terbuka.
Setakat ini tidak jelas bagaimana kebakaran itu boleh terjadi.
Dalam pada itu, warga maya yang tersentuh melihat tindakan mulia itu berpusu-pusu meninggalkan komen pada hantaran berkenaan, mengucapkan terima kasih dan memuji kesungguhan menyelamatkan kucing tersebut.
Pemuda berkenaan juga sempat membalas ucapan terima kasih dan pujian yang diterimanya. Dia menjelaskan kucing yang diselamatkannya berada dalam keadaan baik dan telah di bawa ke hospital untuk menerima rawatan.
@pluem_sora มึงคือสงสารเจ้าของมาก แบบตอนวิ่งลงพี่แกวิ่งขึ้นไปเอาแมว ละเขารักแมวมากๆอ่ะ สงสารพี่เขามากน้ำตาจะไหล #ไฟไหม้ #คนรักแมว #แมวอ้วน
♬ เสียงต้นฉบับ – โซระที่อยากเป็นสาวจีน – โซระที่อยากเป็นสาวจีน
![]()
BACA: Masuk Percuma Ke Aquaria KLCC Sempena Bulan Hari Jadi, Ini Cara Tebus Tiket
Sumber: Mustsharenews
The post “Rider” Grab Redah Bangunan Terbakar, Bertungkus-lumus Selamatkan Kucing appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime