Saya Mohon Semua Rakyat Malaysia Agar Kekal Tenang, Rasional – Najib
1 min read

Saya Mohon Semua Rakyat Malaysia Agar Kekal Tenang, Rasional – Najib



Saya Mohon Semua Rakyat Malaysia Agar Kekal Tenang, Rasional – Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan bahawa beliau akan terus berjuang untuk mendapatkan haknya yang diperuntukkan undang-undang dan apa yang telah diperkenankan.

Menerusi nukilan yang dikongsikan di Facebook miliknya, Najib juga berkata niatnya tidak pernah berubah iaitu untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Saya menulis ini dengan fikiran yang tenang, meskipun hati saya berat.

“Ada ketika saya merasakan seolah-olah perjuangan ini harus saya pikul sendirian. Namun saya tetap bertekad untuk meneruskannya, bukan kerana dendam, tetapi kerana prinsip. Apa yang saya tuntut hanyalah hak yang diperuntukkan oleh undang-undang dan apa yang telah diperkenankan.

“Perjuangan ini bukan usaha untuk mengelak daripada tanggungjawab. Ia adalah ikhtiar menegakkan keadilan, menjunjung integriti Perlembagaan, dan mempertahankan kedaulatan undang-undang yang dilaksanakan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“Saya akan terus menuntut hak saya melalui saluran yang sah, dengan maruah dan kesabaran, walaupun jalannya sunyi dan menuntut pengorbanan yang besar. Apa pun keputusan hari ini, saya tetap yakin kepada proses kehakiman negara,” katanya.

Beliau turut memohon semua rakyat Malaysia agar kekal tenang, rasional dan berhemah serta tidak terpengaruh atau terlibat dalam sebarang provokasi yang boleh menjejaskan keharmonian awam atau menghina proses perundangan.

“Perbezaan pandangan harus dizahirkan secara matang, tertib dan berlandaskan undang-undang.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menilai perkara ini dengan tenang dan rasional bukan semata-mata dari sudut nasib saya sebagai individu, tetapi demi masa depan institusi negara dan prinsip-prinsip yang kita junjung bersama,” ujarnya lagi.

Sumber: Najib Razak

The post Saya Mohon Semua Rakyat Malaysia Agar Kekal Tenang, Rasional – Najib appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center