Setiap Rakyat Vietnam Terima Sumbangan Tunai Sempena Hari Kebangsaan
1 min read

Setiap Rakyat Vietnam Terima Sumbangan Tunai Sempena Hari Kebangsaan



Setiap Rakyat Vietnam Terima Sumbangan Tunai Sempena Hari Kebangsaan

Setiap rakyat Vietnam akan menerima sumbangan tunai sebanyak 100,000 dong Vietnam (sekitar RM16) sempena ulang tahun ke-80 Revolusi Ogos dan Hari Kebangsaan negara itu pada 2 September.

Perdana Menteri Vietnam pada 28 Ogos mengeluarkan arahan rasmi berhubung pengagihan sumbangan ini, susulan keputusan Biro Politik Parti Komunis Vietnam yang meluluskan dasar pemberian hadiah kepada rakyat pada hari bersejarah tersebut.

Menurut makluman rasmi bertarikh 28 Ogos 2025, Pejabat Jawatankuasa Pusat Parti memaklumkan bahawa langkah ini adalah sebagai tanda penghargaan terhadap seluruh rakyat.

Bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar sebelum 2 September, Perdana Menteri meminta Kementerian Kewangan, Bank Negara Vietnam, Kementerian Keselamatan Awam serta Jawatankuasa Rakyat di peringkat wilayah dan bandar utama segera menyemak senarai penerima yang layak.

Menurut laporan media tempatan, sumbangan akan diberikan sama ada melalui pindahan wang bank atau agihan secara terus.

Kementerian Kewangan akan mengetuai pelaksanaan ini dengan menyediakan peruntukan yang sesuai serta memastikan bajet negara seimbang.

Manakala Bank Negara Vietnam pula diminta menjamin kelancaran sistem pembayaran dan ketersediaan wang tunai supaya proses pengagihan dapat diselesaikan tepat pada masanya tanpa sebarang keciciran atau pertindihan penerima.

BACA: Kecam Keputusan Mahkamah, Trump Dakwa AS Bakal “Hancur Sepenuhnya”

BACA: Kemungkinan Bakal Berlaku Selepas Mahkamah AS Iktiraf Tarif Trump Tidak Sah

BACA: Gempa Bumi Afghanistan: Angka Korban Meningkat Kepada 622 & 1,500 Cedera

Sumber: Vietnam Plus

The post Setiap Rakyat Vietnam Terima Sumbangan Tunai Sempena Hari Kebangsaan appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center