Subway Surfers City: Sekuel Baharu Bakal Dilancarkan Februari Ini
2 mins read

Subway Surfers City: Sekuel Baharu Bakal Dilancarkan Februari Ini



Subway Surfers City: Sekuel Baharu Bakal Dilancarkan Februari Ini

Permainan mudah alih popular, Subway Surfers mengumumkan pelancaran sekuelnya, Subway Surfers City pada 26 Februari ini, lapor portal Variety.

Versi baharu permainan ini menampilkan penampilan dan peningkatan terkini, termasuk visual lebih menarik, mod serta mekanik permainan baharu, selain latar yang lebih luas berbanding permainan asal yang dilancarkan pada 2012.

Dihasilkan oleh SYBO, studio yang sama di sebalik permainan terdahulu, “Subway Surfers City” membawa pemain menyelami dunia animasi Subway City.

Difahamkan, metropolis fiksyen ini mempunyai empat kawasan yang berbeza untuk diterokai dan berlumba iaitu The Docks, Southline, Sunrise Blvd dan Delorean Park.

Menurut SYBO, Subway Surfers City akan memperkenalkan kandungan baharu mengikut musim, termasuk kawasan kejiranan tambahan, watak, pakaian dan papan luncur baharu.

Permainan ini juga menampilkan ciri baharu seperti speed pads untuk meningkatkan kelajuan, stomp move bagi mendedahkan kelebihan tersembunyi serta bouncy shield untuk mempertingkatkan kemampuan melompat.

Terdapat tiga mod permainan berbeza

Menurut Variety, pemain akan diperkenalkan dengan tiga mod permainan berbeza.

Mod pertama ialah Classic Endless, mengekalkan konsep permainan asal di mana pemain berusaha mencapai skor tinggi sambil menemui laluan baharu.

Mod kedua, City Tour, merupakan mod baharu berbentuk level, di mana pemain meneroka daerah untuk mencari bintang tersembunyi dan menyiapkan misi.

Mod ketiga ialah Events, mod finite run yang direka untuk memberi cabaran tambahan kepada pemain.

Subway Surfers City boleh dimuat turun secara percuma melalui platform iOS, Android dan Google Play, bahkan pra-pendaftaran untuk permainan ini kini telah dibuka.

“Secara dasarnya, permainan ini merupakan bab seterusnya dalam legasi Subway Surfers yang hampir mencecah 15 tahun

“Subway Surfers terus mencatat kejayaan luar biasa dari tahun ke tahun, dan kami teruja untuk menawarkan pemain cara baharu untuk berinteraksi dengan jenama ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SYBO, Mathias Gredal Nørvig.

Sehingga tahun 2025, Subway Surfers telah mengumpul lebih 4.5 bilion muat turun dan lebih 30 juta pengikut aktif merentasi pelbagai platform media sosial dalam tempoh hampir 15 tahun sejak ia dilancarkan.

“Subway Surfers City menampilkan semula watak-watak kegemaran peminat, sambil memperkenalkan kandungan dan mekanik yang belum pernah dilihat sebelum ini

“Ia mengimbangi elemen permainan klasik yang disukai peminat dengan semangat baharu yang menghidupkan pengalaman bermain,” tambahnya lagi.

BACA: AS Akan Kenakan Cukai Import Ke Atas 8 Negara Eropah Berkaitan Greenland

Sumber: Variety

The post Subway Surfers City: Sekuel Baharu Bakal Dilancarkan Februari Ini appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center