Suspek Insiden Sungai Golok Disahkan Bekas Pemain Import Bola Sepak Kelantan – Polis
Suspek Insiden Sungai Golok Disahkan Bekas Pemain Import Bola Sepak Kelantan – Polis
KOTA BHARU, 2 Nov (Bernama) — Suspek kes tembak mati seorang rakyat Malaysia di Sungai Golok, Narathiwat, malam tadi adalah bekas pemain import bola sepak Kelantan, kata Ketua Polis negeri Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Beliau berkata mangsa yang maut ditembak pula berusia 33 tahun.
Mohd Yusoff berkata maklumat berkenaan diperolehi menerusi hasil siasatan dalaman pihaknya.
“Kita percaya suspek juga memiliki dua kerakyatan tetapi siasatan lanjut akan diteruskan. Setakat ini, kita belum menerima gambar suspek daripada pihak berkuasa Thailand.
“Polis turut memperketat kawalan dan membuat sekatan jalan raya bagi mengesan suspek yang kemungkinan lolos ke negara ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Berkaitan motif kejadian, Mohd Yusoff menyerahkan kepada pihak polis Thailand untuk menjalankan siasatan.
Beliau berkata mangsa didapati masuk ke Thailand pada 1 Nov menggunakan pas sempadan.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa turut memiliki empat rekod kesalahan berkaitan dadah sejak 2020,” katanya.
Terdahulu, Bernama melaporkan seorang lelaki rakyat Malaysia maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand, malam tadi.
Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Apam, Apam Putra, Pasir Mas pada 2.30 petang tadi.
BACA: “Abah…” Anak Menangis Hiba Saat Doktor Beritahu CPR Bapa Terpaksa Dihentikan
Sumber: Bernama
The post Suspek Insiden Sungai Golok Disahkan Bekas Pemain Import Bola Sepak Kelantan – Polis appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime