Toshiba Sambut Ulang Tahun Ke-95, Ajak Orang Ramai Main & Menang Hadiah Bernilai RM30,000 Tanpa Perlu Beli Apa-Apa
Korang confirm kenal jenama Toshiba kan? Jenama yang dah legend selama 95 tahun ini bukan sahaja kekal relevan, malah kini sedang meraikan ulang tahun mereka dengan cara yang paling menarik, iaitu Pameran Imersif “Art of Living” di Pavilion Bukit Jalil dan permainan interaktif online dengan hadiah gempak.
Main Game Toshiba Online & Menang Hadiah RM30K
Ini adalah peluang emas untuk korang main dan menang tanpa perlu keluar duit pun. Sempena ulang tahun ke-95 ini, Toshiba memperkenalkan permainan mudah alih interaktif di mana korang berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Hadiah utama yang ditawarkan memang sangat berbaloi, dengan nilai keseluruhan mencecah RM30,000.
Yang paling best, untuk menyertai dan memenangi hadiah lumayan ini, korang tidak perlu membuat sebarang pembelian dan hanya cari QR kod yang berada di pameran. Senang kan?
Pameran Imersif “Art of Living” Pengalaman Seperti di Jepun
Kalau korang ingin merasakan sendiri suasana kediaman yang diinspirasikan dari Jepun, korang wajib serbu pameran tiga hari Toshiba di Pavilion Bukit Jalil, yang bermula dari 10 hingga 12 Oktober ini.
Pameran ini adalah peluang untuk rakyat Malaysia merasai sendiri seni ketukangan dan kecanggihan teknologi Jepun yang mampu mencipta gaya hidup moden yang elegan.
- Apa Yang Ada? Pameran ini membawa korang menyelami warisan budaya Jepun, inovasi, dan gaya hidup di mana alam semula jadi, seni, dan reka bentuk moden bergabung harmoni.
- Aktiviti Menarik – Termasuk pembuatan teh berkonsepkan AI, bengkel bento kreatif, gubahan bunga segar, serta pelbagai aktiviti gaya hidup lain yang menampilkan rangkaian produk pintar Toshiba seperti peti sejuk, mesin basuh pinggan, periuk nasi, dan banyak lagi.
Steven Yang, Pengarah Urusan Pemasaran & Perkhidmatan Toshiba, menjelaskan bahawa pameran ini bukan sekadar meraikan warisan, tetapi juga penghargaan kepada pelanggan setia.

“Gaya hidup pintar bukan sekadar mengenai kecekapan, tetapi lebih kepada menikmati kediaman yang lebih elegan, cekap dan setiap butiran direka dengan penuh teliti. Daripada Siri Japandi hingga inovasi yang diinspirasikan oleh semangat TAKUMI, setiap produk menampilkan bagaimana Toshiba terus menggabungkan inovasi dengan gaya hidup moden bagi membantu pengguna menikmati kehidupan yang lebih indah,” kata beliau.
Promosi Worry-Free 1-ke-1
Sempena ulang tahun ke-95 ini, Toshiba turut melancarkan promosi Jaminan Tukar 1-ke-1 dengan perlindungan tanpa risau selama setahun bagi produk terpilih dari Siri Japandi dan produk tertentu yang lain.

Jangan lepaskan peluang untuk ke Pavilion Bukit Jalil dan cuba game interaktif mereka. Jom level up kediaman korang dengan sentuhan Jepun sekarang.
Untuk maklumat lanjut, layari:
The post Toshiba Sambut Ulang Tahun Ke-95, Ajak Orang Ramai Main & Menang Hadiah Bernilai RM30,000 Tanpa Perlu Beli Apa-Apa appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime