Wanita Maut Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat Lapan Hotel
Wanita Maut Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat Lapan Hotel
SEREMBAN, 26 Jun (Bernama) — Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Pegawai Kanan Penguasa Bomba Mohd Kamal Mohd Timar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membabitkan wanita berusia 26 tahun itu pada 6.35 petang.
“Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lapan terus ke balkoni tingkat satu hotel berkenaan. Pasukan operasi melakukan kerja penyelamatan dengan menggunakan busket strecther hingga selesai.
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Sumber: BERNAMA
BACA JUGA: Polis Siasat Dakwaan Ah Long Bakar Rumah Di Tasek Gelugor
The post Wanita Maut Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat Lapan Hotel appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime