Worldwide Holdings Terus Perkukuh Kerjasama Jangka Panjang Bersama Yayasan Raja Muda Selangor
3 mins read

Worldwide Holdings Terus Perkukuh Kerjasama Jangka Panjang Bersama Yayasan Raja Muda Selangor

SHAH ALAM, 04 Sept 2026 – Worldwide Holdings Berhad (Worldwide Holdings) telah menyumbang sebanyak RM300,000 kepada Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS), sebagai kesinambungan kerjasama jangka panjang dalam menyokong inisiatif pembangunan sosial dan komuniti di seluruh Selangor. Sumbangan tersebut telah disembahkan kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, sempena Majlis Hi-Tea bersama D.Y.T.M. Raja Muda Selangor yang berlangsung di Kelab Shah Alam hari ini. Program tersebut dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama YRMS.

Kerjasama Jangka Panjang Demi Pembangunan Komuniti Selangor

Kerjasama berterusan ini mencerminkan keyakinan Worldwide Holdings bahawa kemajuan Selangor pada akhirnya adalah tentang masyarakat dan komuniti. Seiring peranannya dalam menyokong pembangunan ekonomi dan infrastruktur Negeri, Worldwide Holdings turut mengiktiraf kepentingan pelaburan dalam inisiatif yang memperluas peluang, memperkukuh komuniti serta membolehkan lebih ramai insan mengambil bahagian secara bermakna dalam pertumbuhan Selangor.

Sepanjang tempoh kerjasama, Worldwide Holdings dan YRMS telah bersama-sama menyokong pelbagai inisiatif yang memberi tumpuan kepada pembangunan belia, peningkatan kemahiran dan kesejahteraan komuniti. Kesinambungan kerjasama ini membolehkan Worldwide Holdings menyalurkan pelaburan sosial melalui rakan strategik yang memahami keperluan komuniti serta berupaya menterjemahkan sokongan yang diberikan kepada impak yang bermakna.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Worldwide Holdings Berhad, Ahmad Zaki Ahmad Zainuddin berkata, “Kemajuan Selangor pada akhirnya adalah tentang masyarakat dan komuniti. Seiring dengan negeri Selangor ini yang terus berkembang dan maju, kami percaya kemajuan tersebut juga perlu membuka lebih banyak peluang kepada individu dan komuniti untuk turut maju bersama. Kerjasama jangka panjang kami dengan Yayasan Raja Muda Selangor mencerminkan komitmen bersama ini. Melalui kerjasama ini, kami dapat menyokong program-program bermakna yang membangunkan potensi, memperkukuh komuniti dan membuka peluang kepada masyarakat untuk membina masa hadapan yang lebih baik dan mampan.”

Sumbangan RM300,000 tersebut akan menyokong pelaksanaan program pembangunan sosial dan komuniti YRMS yang sedang dilaksanakan, termasuk inisiatif berkaitan pemerkasaan belia dan pembangunan kemahiran. Melalui Worldwide Prihatin, platform tanggungjawab sosial korporat Kumpulan, Worldwide Holdings akan terus membina kerjasama strategik dan bermatlamat yang melengkapi agenda pembangunan Selangor serta menyumbang ke arah pembentukan sebuah Negeri yang lebih inklusif dan berdaya tahan.


PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch