9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini
9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di sembilan negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Kuala Lumpur.
“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Kelantan pula seperti Kuala Krai dan Gua Musang.
“Di Terengganu, hanya daerah Kemaman selain beberapa daerah di Pahang dijangka hujan melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin.
“Bagi Selangor, daerah yang diramal hujan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat dan dua daerah di Negeri Sembilan termasuk Jelebu dan Jempol.
“Di Johor pula melibatkan daerah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Beralih ke Sarawak pula, daerah yang diramal hujan adalah Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Serian), Samarahan, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Bintulu), Miri (Subis dan Miri) dan Limbang.
“Manakala di Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.