Sekalipun Ada Pihak Yang Pilih Tak Zahir Simpati Kepada Najib, Tak Wajar Keruhkan Suasana – PMX
Sekalipun Ada Pihak Yang Pilih Tak Zahir Simpati Kepada Najib, Tak Wajar Keruhkan Suasana – PMX
KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan nasihat kepada semua pihak agar menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Hakim atas prinsip kedaulatan undang-undang.
Ia termasuk ruang dan saluran perundangan yang masih tersedia untuk mengemukakan rayuan, selain kepada Yang di-Pertuan Agong, selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada.
“Saya menyeru semua pihak agar menangani isu ini dengan penuh sabar dan bijaksana.
“Sekalipun ada pihak yang memilih untuk tidak menzahirkan simpati kepada Dato’ Sri Najib Razak dan keluarganya, adalah tidak wajar untuk mengeruhkan suasana atau menambah ketegangan dalam keadaan yang sensitif ini,” titip beliau dalam satu hantaran di Facebook pada hari ini.
Beliau berkata demikian merujuk kepada penghakiman berhubung isu Titah Adendum yang diputuskan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam
Tegas Anwar, Kerajaan MADANI kekal berpegang teguh kepada prinsip penegakan negara hukum serta pengasingan kuasa.
“Badan kehakiman mesti dan akan terus bebas daripada sebarang pengaruh luar. Atas prinsip inilah saya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Hakim,” katanya lagi.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung titah adendum yang didakwa membenarkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara beliau di bawahan tahanan rumah.
Hakim Alice Loke Yee Ching membuat keputusan itu selepas mendapati titah berkenaan tidak dibincang atau diputuskan semasa Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 pada 29 Jan 2024.
Susulan keputusan itu, Najib perlu menjalani baki hukumannya di Penjara Kajang.
Sumber: Facebook Anwar Ibrahim
BACA: Titah Adendum: Kerajaan Kekal Pegang Teguh Kepada Prinsip Penegakan Negara Hukum, Pengasingan Kuasa
The post Sekalipun Ada Pihak Yang Pilih Tak Zahir Simpati Kepada Najib, Tak Wajar Keruhkan Suasana – PMX appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime