Malaysia Penyumbang Terbesar Pelancong Ke Indonesia
Malaysia Penyumbang Terbesar Pelancong Ke Indonesia
Malaysia menjadi penyumbang terbesar iaitu 17 peratus daripada jumlah keseluruhan kunjungan pelancong ke Indonesia.
Memetik laporan CNBC Indonesia, membeli-belah merupakan salah satu tarikan penting membuatkan ramai pelancong dari Malaysia berkunjung ke Indonesia.
Menteri Pelancongan, Widiyanti Putri Wardhana berkata jumlah kunjungan pelancong antarabangsa ke Indonesia menunjukkan peningkatan pada tahun 2025.
Perkembangan tersebut mencerminkan minat yang semakin tinggi dalam kalangan pelancong asing terhadap destinasi pelancongan di negara itu.
Menurutnya, Malaysia adalah negara yang paling banyak menyumbang kedatangan pelancong daripada 15 negara yang disasarkan.
“Membeli-belah merupakan salah satu tarikan paling penting, khususnya bagi pelancong yang ingin berkunjung ke sesebuah negara. Sekitar 11.4 peratus perbelanjaan mereka digunakan untuk membeli cenderamata atau buah tangan. Pelancong dari Malaysia masih menjadi penyumbang terbesar,” katanya.
BACA: Malaysia Penyumbang Terbesar Ekonomi Indonesia
Melihat potensi ini, Widiyanti menegaskan perlunya usaha promosi yang konsisten, inovatif dan bersepadu, serta kerjasama merentas kementerian dan agensi, kerajaan tempatan, serta semua pihak berkepentingan dalam sektor pelancongan. Langkah ini penting bagi memastikan pengalaman pelancongan yang menyeronokkan dan berkesan untuk setiap pengunjung.
Sementara itu, data dari Badan Pusat Statistik (BPS) sehingga Oktober 2025 menunjukkan bahawa jumlah kunjungan pelancong antarabangsa ke negara itu adalah sebanyak 12.76 juta.
Angka tersebut meningkat 10.32 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2024.
“Jumlah kunjungan pelancong antarabangsa menunjukkan peningkatan daya tarikan di pasaran global. Tahun ini, kadar peningkatannya adalah sebanyak 10.32 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2024,” kata Widiyanti.
Pada tahun 2025, prestasi perjalanan pelancong domestik turut mencatatkan pertumbuhan ketara. Bagi tempoh Januari hingga September, sebanyak 901.9 juta perjalanan direkodkan, meningkat 18.99 peratus secara tahunan.
Beliau berkata, trend perbelanjaan pelancong antarabangsa ketika berkunjung ke Indonesia adalah kukuh dan menjadi fokus utama promosi sektor pelancongan,
Sumber: CNBC Indonesia
The post Malaysia Penyumbang Terbesar Pelancong Ke Indonesia appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime