Resipi Nasi Ayam “Simple”, Campak-Campak Je Dah Siap
Resipi Nasi Ayam “Simple”, Campak-Campak Je Dah Siap
Bila sebut sahaja nasi ayam, sudah tentu ramai yang mula teruja untuk menikmatinya. Hidangan yang lengkap dengan kandungan protein, vitamin dan karbohidrat itu sememangnya menjadi salah satu juadah pilihan ramai.
Bukan itu sahaja, nasi ayam juga mudah didapati. Lihat sahaja gerai atau warung di tepi jalan, pasti ada deretan kedai yang menjual nasi ayam. Mula dari nasi ayam madu, nasi ayam hainan, dan macam-macam lagi.
Nasi ayam juga menjadi salah satu menu yang sesuai dinikmati oleh semua orang tanpa mengira usia.
Namun, ada yang berpendapat bahawa menyediakan nasi ayam sangat leceh disebabkan oleh banyak bahan yang digunakan, serta banyak langkah yang perlu dilakukan.
Disebabkan itu, ramai yang lebih suka membeli juadah itu di kedai daripada memasaknya sendiri.
Jangan risau, sebenarnya proses membuat nasi ayam tidaklah begitu rumit. Anda boleh membuatnya di rumah.
Jadi, jom ikuti cara penyediaan nasi ayam mudah dari salah seorang pengguna Facebook, Nora Azni. Ujarnya, resipi ini tidak menggunakan stok ayam dan ia lebih mudah. Campak-campak saja sudah siap.
Bahan-bahan nasi ayam
- Ayam
- Bawang putih
- Halia
- Daun pandan
- Air
- Batang daun bawang
- Serbuk perasa
- Garam
- Kulit ayam
- Sedikit minyak
- Dua sudu marjerin
- Serbuk kunyit
- Gula/madu
- Kicap manis
- Sos tiram
- Cili merah
- Cili hijau
- Sos cili
Cara penyediaan
Mula-mula, ketuk bawang putih dan hiris nipis halia. Selepas itu, isi periuk dengan air dan masukkan batang daun bawang, bawang putih yang telah diketuk, daun pandan yang telah disimpulkan dan ayam.
Kemudian, masukkan juga sedikit serbuk perasa dan garam. Selepas itu, tutup periuk tersebut dan biarkan sehingga ayam tersebut masak. Sementara menunggu ayam masak, anda boleh sediakan minyak kulit ayam untuk dimasukkan ke dalam nasi anda nanti.
Masukkan kulit ayam ke dalam kuali berserta dengan sedikit minyak. Selepas itu, anda boleh masukkan bawang putih dan goreng sehingga kulit ayam tersebut mengecut dan bertukar keperangan.
Selepas itu, masukkan juga halia yang telah dihiris berserta dengan marjerin dan biarkan sehingga ia mencair. Selepas marjerin mencair, masukkan juga serbuk kunyit dan biarkan seketika.
BACA: Resipi Tauhu Daging Kukus, Hidangan Mudah & Berkhasiat
Dalam masa yang sama, anda boleh mula masak nasi anda. Basuh beras sehingga bersih, masukkan air rebusan ayam berserta dengan minyak kulit ayam tadi. Seterusnya, masukkan juga daun pandan dan anda boleh masak nasi seperti biasa.
Untuk ayam pula, selepas ayam anda masak, angkat dan toskan. Kemudian, anda boleh mula perap ayam dengan gula ataupun madu, kicap manis dan sos tiram.
Lumurkan kesemuanya ke seluruh permukaan ayam dan perap seketika. Sementara ayam diperap, anda boleh panaskan kuali untuk menggoreng ayam pula. Selepas minyak panas, anda boleh mula menggoreng ayam sehingga sedikit garing.
Sementara ayam digoreng, anda boleh sediakan sos kicap untuk dimakan bersama nasi ayam tersebut. Jangan risau, anda boleh guna sahaja lebihan kicap dari perapan ayam sebentar tadi.
Anda cuma perlu renehkan, masukkan sedikit air rebusan ayam tadi berserta dengan sos tiram dan kicap. Masukkan juga sedikit gula dan gaul sebati. Sos kicap siap.
Bagi sup pula, renehkan air rebusan ayam tadi. Tambah sedikit air dan biar sehingga ia mendidih. Kemudian, sup anda sudah siap.
Untuk sambal nasi ayam pula, kisarkan cili merah dan cili hijau, bawang putih, dan renehkan di atas dapur. Kemudian, masukkan sedikit sos cili.
Hidangan nasi ayam anda siap untuk dihidang. Selamat mencuba.
BACA: Resipi Jeruk Buah Bambangan, Buah Khas Dari Borneo
Sumber: Nora Azni
The post Resipi Nasi Ayam “Simple”, Campak-Campak Je Dah Siap appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime