Kemunculan Lubang Benam Di Sumatera Barat Gusarkan Penduduk
3 mins read

Kemunculan Lubang Benam Di Sumatera Barat Gusarkan Penduduk



Kemunculan Lubang Benam Di Sumatera Barat Gusarkan Penduduk

Penduduk di Jorong Tepi, Nagari Situjuah Batua, Sumatera Barat telah dikejutkan dengan kemunculan sebuah lubang benam gergasi di tengah sawah milik seorang penduduk di kawasan pertanian Pombatan.

Menurut portal Detik, seorang penduduk mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan).

Tambahnya, kejadian itu pertama kali disedari seorang warga setempat yang sedang bekerja di sekitar lokasi. Tiba-tiba, beliau terdengar bunyi kuat seperti sebuah ledakan.

Lubang benam tersebut dilaporkan semakin melebar dari masa ke masa, manakala di dalamnya terdapat air dengan kedalaman dianggarkan sekitar 20 meter.

Anggota Komisi II DPRD Limapuluh Kota, M. Fajar Rillah Vesky, berkata beliau telah menghubungi Kalaksa BPBD setempat, Rahmadinol, dan meminta pihak BPBD turun ke lokasi untuk melakukan kajian terhadap fenomena ini bagi memastikan masyarakat tidak panik.

Ahli Geologi tampil beri penjelasan

Sementara itu, ahli Geologi dan Mitigasi Bencana Geologi dan Vulkanologi, Ade Edward berkata fenomena sinkhole atau kejadian tanah berlubang secara tiba-tiba dengan diameter yang besar kerap berlaku di kawasan batu kapur.

CNN Indonesia melaporkan kawasan yang terlibat ialah Nagari Situjuah Batua, Kabupaten Limapuluh Kota, Sumatera Barat.

“Fenomena ini sebenarnya sering berlaku, terutamanya di kawasan bukit batu kapur,” katanya pada Ahad.

Menurut Ade, Nagari Situjuah merupakan kawasan batu kapur yang dilitupi material letusan Gunung Sago, sekali gus menyebabkan kewujudan batu kapur tersebut tidak kelihatan dengan jelas.

Difahamkan, kawasan yang subur itu lazimnya diusahakan penduduk tempatan sebagai tanah pertanian.

Beliau menjelaskan sifat kawasan batuan kapur yang mudah larut apabila terdedah kepada air hujan boleh menyebabkan berlakunya rekahan, seterusnya menjadi lubang benam.

Tambah Ade lagi, fenomena kemunculan lubang benam secara tiba-tiba di permukaan tanah bukan sahaja berlaku di Nagari Situjuah, Kabupaten Limapuluh Kota.

Kejadian sama sebelum ini turut dilaporkan di kawasan Kamang, Kabupaten Agam, yang juga merupakan kawasan batuan kapur.

Menurutnya, kebiasaannya terdapat sungai bawah tanah di lokasi berlakunya fenomena lubang benam. Keadaan ini boleh membahayakan keselamatan penduduk sekiranya ia berlaku di kawasan penempatan atau berhampiran kediaman orang awam.

Beliau berpendapat kejadian lubang benam bersaiz agak besar di Nagari Situjuah Batua berkemungkinan berpunca daripada penyumbatan di bahagian bawah tanah yang menyebabkan berlakunya rekahan, seterusnya mengakibatkan tanah tersebut runtuh secara tiba-tiba.

“Pihak berkuasa tempatan atau masyarakat setempat perlu segera menutup atau menimbus lubang berkenaan menggunakan bahan seperti tanah, pasir dan batu sebelum kerja-kerja penurapan dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini

“Jadi, ini bukan fenomena baharu di Situjuah. Masyarakat tempatan sering merujuknya sebagai Sawah Luluih,” katanya lagi seperti yang dilaporkan dalam CNN Indonesia.

BACA: Jangan Abaikan, Ini Tanda Kompresor “Aircond” Lemah Yang Semua Pemandu Perlu Tahu

Sumber: CNN Indonesia, Detik

The post Kemunculan Lubang Benam Di Sumatera Barat Gusarkan Penduduk appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center