Langit Biru Bertukar Merah Jambu Di Birmingham
Langit Biru Bertukar Merah Jambu Di Birmingham
Penduduk di sekitar Birmingham dan beberapa kawasan lain di West Midlands dikejutkan dengan pemandangan luar biasa apabila langit bertukar warna merah jambu terang ketika ribut salji melanda pada malam Khamis.
Imej fenomena sama turut dikongsi penduduk dari Hednesford, Staffordshire. Fenomena jarang berlaku itu mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial.
Ada yang menyangka ia adalah matahari terbenam yang luar biasa terang. Manakala, tidak kurang juga beranggapan ia mungkin fenomena Cahaya Utara (Aurora Borealis) yang muncul secara mengejut.
@bbcnews A mysterious pink sky in Birmingham during Storm Goretti was compared to something “out of Stranger Things” as the region experienced its worst snowfall in almost a decade. #Storm #Goretti #Birmingham #Snow #BBCNews
♬ original sound – BBC News – BBC News
Namun, kelab bola sepak Birmingham City mengesahkan bahawa cahaya merah jambu tersebut berpunca daripada lampu LED berwarna merah jambu yang digunakan di padang Stadium St Andrew’s.
Pantulan cahaya daripada lampu itu menyebabkan langit di sekitar bandar kelihatan bercahaya dengan warna yang ketara.
Menurut penyampai cuaca BBC, Simon King, litupan awan tebal serta salji yang turun menyebabkan langit menjadi lebih reflektif, sekali gus memantulkan cahaya dari permukaan bumi.
Beliau turut menjelaskan bahawa Stadium St Andrew’s dikenal pasti sebagai sumber utama cahaya merah jambu itu.
Dalam pada itu, Hednesford Town Football Club turut berkongsi di media sosial bahawa fenomena serupa yang berlaku lebih awal pada minggu tersebut berpunca daripada penggunaan lampu LED padang mereka.
Lampu itu digunakan bagi membantu pertumbuhan dan pemulihan rumput padang, bukannya disebabkan fenomena aurora.

Simon King turut menjelaskan bahawa dalam keadaan atmosfera tertentu. Ini khususnya apabila awan rendah dan salji hadir, cahaya dari lampu jalan, bangunan dan stadium bola sepak boleh dipantulkan ke langit, menghasilkan cahaya berwarna yang luar biasa.
Sementara itu, jurucakap Met Office, Grahame Madge, berkata salji dan titisan air di udara lebih mudah menyebarkan cahaya berwarna biru.
Keadaan ini membolehkan gelombang cahaya yang lebih panjang seperti merah dan jingga menonjol, sekali gus menyebabkan langit kelihatan berwarna merah jambu atau jingga.
BACA: Belajar Di Malaysia, Lelaki Indonesia Kongsi 6 Pengalaman Yang Dilaluinya
Sumber: BBC
The post Langit Biru Bertukar Merah Jambu Di Birmingham appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime