Pasangan Pengantin Tular Dapat Hadiah Istimewa Dari Sultan & Tengku Ampuan Pahang
Pasangan Pengantin Tular Dapat Hadiah Istimewa Dari Sultan & Tengku Ampuan Pahang
Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap pengantin baharu menerima hadiah daripada rakan-rakan dan sanak saudara sebagai tanda meraikan ikatan kasih yang dibina.
Namun, bayangkan apabila mendapat hadiah daripada keluarga diraja, itu menjadi momen yang paling bermakna untuk pasangan pengantin.
BACA: Sultan Pahang, Tengku Ampuan Zahir Ucapan Tahniah Kepada Mejar Fikry & Isteri Timang Kembar Tiga
Seperti yang dialami oleh pasangan pengantin baharu, Muhammad Shah Amirul Mustaffa dan Rosyamimie Syahira Rosli yang telah mendapat hadiah istimewa daripada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam.

Untuk pengetahuan, pasangan itu sebelum ini tular kerana berpeluang bergambar bersama Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang ketika hari pernikahan mereka.
BACA JUGA: Pengantin Terkejut Jumpa Sultan, Tengku Ampuan Pahang Masa “Photoshoot”
Menurut kiriman yang dikongsikan di Facebook Kesultanan Pahang, Kurniaan Paduka Baginda berdua disampaikan oleh Pegawai Agama Istana, Leftenan Kolonel Anuar Mohd Ehwal kepada pasangan pengantin ini di kediaman mereka di Kampung Paya Pulai.
Dalam pada itu, pasangan tersebut meluahkan rasa terharu ketika menerima kurniaan itu.

“Perasaan sekarang ini sangat gembira sampai tak terkata, rasa macam mimpi dapat hadiah perkahwinan daripada Paduka Baginda berdua.
“Kami hanya orang biasa, tak pernah terfikir dapat hadiah daripada Paduka Baginda berdua. Terima kasih tuanku, bukan (dapat) satu tapi tiga hadiah, perasaan memang tak dapat nak gambar atau luahkan.
“Semoga Paduka Baginda berdua dilanjutkan usia dan dimurahkan rezeki,” katanya.
Sumber: Kesultanan Pahang
The post Pasangan Pengantin Tular Dapat Hadiah Istimewa Dari Sultan & Tengku Ampuan Pahang appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime