Suami Kongsi Detik Cemas Tulang Ikan Tembus Kulit Leher Isteri
2 mins read

Suami Kongsi Detik Cemas Tulang Ikan Tembus Kulit Leher Isteri


Suami Kongsi Detik Cemas Tulang Ikan Tembus Kulit Leher Isteri

Seorang wanita berusia 45 tahun berdepan detik cemas selepas secara tidak sengaja tertelan tulang ikan ketika menikmati semangkuk sup, hingga menyebabkan tulang tersebut akhirnya tembus keluar dari lehernya.

Menurut Mothership, insiden menimpa wanita Thailand itu tular selepas suaminya berkongsi kisah tersebut di Facebook pada 17 Jun lalu, sebelum hantaran itu dipadam.

Menurut si suami, kejadian berlaku kira-kira dua minggu sebelumnya ketika isterinya mengidam sup ikan.

Pasangan itu kemudiannya membuat sup menggunakan dua jenis ikan, termasuk ikan belut.

Ketika isterinya menyuap bahagian telur ikan dari perut ikan belut tersebut, dipercayai terdapat tulang kecil yang tersembunyi bersama.

Selepas satu suapan, tulang ikan itu tersangkut di tekak wanita berkenaan. Beliau cuba menanggalkannya dengan makan nasi, namun tidak berjaya.

X-ray gagal kesan tulang

Bimbang dengan rasa sakit yang dialami, wanita itu mendapatkan rawatan di hospital. Namun, hasil imbasan X-ray tidak menunjukkan sebarang objek asing dalam kerongkongnya.

Pasangan itu kemudiannya menyangka tulang berkenaan mungkin telah hancur atau tertanggal sendiri.

Namun dua minggu kemudian, wanita itu mula menunjukkan simptom seakan radang kelenjar tiroid. Hal ini memaksa mereka sekali lagi ke hospital dan menjalani pemeriksaan kedua.

Bagaimanapun, doktor masih gagal mengesan sebarang tulang dan hanya memberikan ubat tahan sakit untuk dibawa pulang.

Tulang tembus kulit leher

Keadaan bertambah buruk apabila wanita itu cuba melegakan rasa sakit dengan menampal plaster pelekat tahan sakit di leher.

Sebelum menampal, beliau mengurut kawasan yang sakit, dan tindakan itu menyebabkan tulang sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba tembus keluar daripada kulit lehernya.

Terkejut dengan kejadian itu, pasangan tersebut bergegas ke hospital, dan tulang berkenaan berjaya dikeluarkan melalui pembedahan kecil.

Doktor yang merawat wanita tersebut menyatakan ini adalah kes pertama seumpamanya yang pernah beliau temui.

Wanita itu kemudiannya dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut akibat keradangan pada kerongkongnya.

BACA: Kongsi Detik Cemas Anak Tak Sedarkan Diri, Lelaki Titip Pesan Buat Ramai

Sumber: Mothership

The post Suami Kongsi Detik Cemas Tulang Ikan Tembus Kulit Leher Isteri appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center