2 mins read

Tengku Maimun Tamat Perkhidmatan Sebagai Ketua Hakim Negara Selepas 6 Tahun


Tengku Maimun Tamat Perkhidmatan Sebagai Ketua Hakim Negara Selepas 6 Tahun

Selepas mencipta sejarah sebagai wanita pertama yang memegang jawatan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat secara rasmi bakal menamatkan perkhidmatannya pada Rabu.

Sepanjang memikul amanah tersebut, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu mengakui tidak pernah berasa kesal atau berkecil hati walaupun tidak ditawarkan lanjutan perkhidmatan.

Sebaliknya, beliau bersyukur kerana berpeluang menyempurnakan tanggungjawab sebagai Ketua Hakim Negara.

“Tidak, tidak sama sekali. Sebab anda tahu, menjadi Ketua Hakim Negara sebenarnya bukan impian saya. Jadi bila sesuatu itu bukan impian anda, tetapi anda berada di kedudukan itu selama enam tahun, dan saya sudah pun melengkapkan tempoh berkenaan, sama ada saya mencapai sesuatu yang besar atau tidak, seperti yang saya katakan, itu bukan untuk saya tentukan.

“Apa yang boleh saya katakan, saya telah berkhidmat selama enam tahun dalam keadaan sihat dan bagi saya, itu satu nikmat yang besar,” katanya.

Tengku Maimun turut menyifatkan peluang untuk berkhidmat dalam institusi kehakiman negara sebagai satu penghormatan besar dalam hidupnya.

Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya turut melahirkan rasa syukur kerana segala urusan kerjayanya dipermudahkan Allah SWT sepanjang tempoh perkhidmatan.

Sebagai tugasan terakhir sebelum bersara wajib pada Rabu, beliau mempengerusikan dua prosiding penting termasuk rayuan akhir melibatkan enam lelaki yang didapati bersalah membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais.

Untuk rekod, Tengku Maimun dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 2 Mei 2019, menggantikan Tan Sri Richard Malanjum.

Kerjayanya dalam bidang perundangan bermula pada tahun 1982 sebagai Pegawai Undang-Undang di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Dua tahun kemudian, beliau berkhidmat di Majlis Perbandaran Seremban dalam jawatan yang sama.

Beliau kemudiannya menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1986 sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang di Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara.

Mengikut Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan, seseorang hakim Mahkamah Persekutuan boleh memegang jawatan sehingga usia 66 tahun, dan tempoh itu boleh dilanjutkan selama enam bulan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

BACA: Gangguan Trafik Sempena AMM Ke-58, Dijangka Bermula Jumaat Ini

BACA: Lelaki Nyaris Maut, Pikap Terkena Tembakan Di Hadapan Sekolah

BACA: 222 Pelajar IPT Hidap HIV Tahun Lepas – Lukanisman

Sumber: Astro Awani

The post Tengku Maimun Tamat Perkhidmatan Sebagai Ketua Hakim Negara Selepas 6 Tahun appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center