1 min read

Sekurang-kurangnya 50 Maut Dalam Kebakaran Besar Di Pusat Beli-Belah Di Iraq


Sekurang-kurangnya 50 Maut Dalam Kebakaran Besar Di Pusat Beli-Belah Di Iraq

BAGHDAD, 17 Julai (Bernama) — Sekurang-kurangnya 50 orang maut dalam kebakaran besar di sebuah pasar raya di bandar al-Kut, Iraq, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Seorang gabenor wilayah berkata pada Khamis bahawa kebakaran itu memusnahkan pusat beli-belah bertingkat di wilayah Wasit, kira-kira 170 kilometer ke tenggara Baghdad, ketika orang ramai sedang membeli-belah, menurut saksi yang melihat mereka terperangkap dalam bangunan yang dipenuhi api dan asap tebal.

Beberapa media tempatan Iraq pula melaporkan seramai 77 orang maut dan puluhan lagi cedera, sementara pasukan bomba masih berusaha memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mayat mangsa dari bawah runtuhan.

Punca kebakaran masih belum diketahui setakat ini.

BACA: Kebakaran Hutan Dan Ladang Nanas Kini Cecah 113 Hektar – Bomba Pahang

Antara mangsa yang terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak, kata Gabenor Wasit, Mohammed Jamil al-Miyahi, menurut Agensi Berita Negara Iraq (INA).

“Kami tidak akan berkompromi terhadap sesiapa yang secara langsung atau tidak langsung menyebabkan insiden ini,” katanya sambil mengisytiharkan tiga hari berkabung di wilayah berkenaan.

Beliau menambah bahawa hasil siasatan awal mengenai insiden itu akan diumumkan dalam tempoh 48 jam.

Penduduk tempatan memaklumkan kebakaran merebak dengan cepat berikutan kegagalan pematuhan piawaian keselamatan di premis berkenaan.

Sumber: Bernama

The post Sekurang-kurangnya 50 Maut Dalam Kebakaran Besar Di Pusat Beli-Belah Di Iraq appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center