Ini Sebab Kenapa Tangga Zaman Dahulu Dibina Secara Berpusing
Ini Sebab Kenapa Tangga Zaman Dahulu Dibina Secara Berpusing
Ramai antara kita pasti gemar menonton filem-filem epik yang berlatarbelakangkan zaman pemerintahan silam bukan?
Lazimnya, filem-filem sebegini ini mengisahkan tentang perebutan takhta, peperangan antara wilayah, dan konflik kuasa yang penuh mendebarkan.
Bukan sekadar jalan cerita, karya sebegini turut membuka ruang untuk kita menghargai keunikan sejarah dan seni bina bangunan lama yang begitu memukau.
Namun, pernahkah anda perasan satu perkara yang sering muncul dalam adegan istana dan kota lama.
Tangga-tangganya yang berpusing dan sempit, tidak seperti tangga moden yang luas dan lurus? Pelik bukan?
Tentu ramai yang sudah mula tertanya-tanya adakah ia sekadar rekaan filem, atau ada rahsia tersendiri di sebalik reka bentuknya.
Jadi, jom SK bongkarkan fakta menarik ini untuk anda dalam perkongsian di bawah.
Sebab Tangga Zaman Dahulu Dibina Secara Berpusing
Tahukah anda, pada zaman pertengahan, kebanyakan istana dan kubu dibina dengan tangga yang berpusing naik ke arah kanan (mengikut arah jam).
Kenapa? Ini kerana kebanyakan askar dan penyerang ketika itu memegang pedang di tangan kanan.
Sistem Pertahanan
Apabila mereka cuba menaiki tangga berpusing itu, bahu kanan dan tangan pedang mereka akan tersekat di bahagian dinding yang sempit. Ia menjadikan penyerang sukar untuk menyerang dengan efektif.
Sebaliknya, mereka yang berada di atas (biasanya askar pertahanan atau pemilik istana) boleh menyerang ke bawah dengan ruang gerakan yang lebih luas.
Lebih menarik, sesetengah tangga dibina dengan anak tangga yang tidak sekata agar musuh mudah tersadung atau hilang imbangan kerana tidak biasa dengan corak anak tangga.
Simbol Status & Darjat
Bukan sekadar fungsi pertahanan, tangga berpusing juga menjadi simbol keanggunan dan status tinggi golongan bangsawan.
Pada era Renaissance dan zaman pemerintahan raja-raja Eropah, tangga spiral dianggap sebagai lambang kekayaan dan kecanggihan seni bina.
Contohnya, di istana Chateau de Chambord di Perancis, terdapat tangga spiral berkembar membentuk struktur double helix yang dipercayai direka oleh Leonardo da Vinci sendiri.
Tangga ini tidak hanya berfungsi untuk pergerakan, malah menjadi pusat perhatian yang melambangkan intelektual, kuasa dan status pemiliknya.
Jadi lain kali bila anda menonton filem tentang istana lama atau bangunan bersejarah, jangan lupa pandang ke arah tangga.
Sumber: Spiral UK
The post Ini Sebab Kenapa Tangga Zaman Dahulu Dibina Secara Berpusing appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime