Insentif Khas Akan Diberi Kepada SMK Dr. Burhanuddin Jika Catat Sifar Buli – Fadhlina
1 min read

Insentif Khas Akan Diberi Kepada SMK Dr. Burhanuddin Jika Catat Sifar Buli – Fadhlina



Insentif Khas Akan Diberi Kepada SMK Dr. Burhanuddin Jika Catat Sifar Buli – Fadhlina

“Saya berjanji akan memberikan insentif khas jika sekolah ini berjaya mencatat ‘sifar buli’.”

Demikian janji Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek selepas melakukan kunjungan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dr. Burhanuddin, Taiping semalam.

Menurut beliau, usaha membanteras salah laku buli perlu dijadikan sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) oleh pihak pentadbir sekolah bagi memastikan suasana pembelajaran yang selamat dan harmoni.

“Salah laku buli juga perlu diperangi habis-habisan. Ia perlu dijadikan petunjuk prestasi utama oleh pentadbir sekolah,” tegas beliau.

Fadhlina dalam pada itu turut menekankan bahawa SMK Dr. Burhanuddin telah menunjukkan peningkatan prestasi akademik yang baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, ia masih mempunyai ruang untuk dipertingkatkan.

“Saya mahu anak-anak di SMK Dr. Burhanuddin untuk terus gigih berusaha bagi meningkatkan pencapaian akademik.

“Sebenarnya sekolah ini telah menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan dalam beberapa tahun terakhir. Namun ia masih boleh dipertingkatkan,” katanya.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM100,000 untuk sekolah berkenaan.

Dana itu akan digunakan bagi menambah baik infrastruktur dan kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan demi keselesaan murid, guru dan seluruh warga sekolah.

BACA: 600 Pegawai, Anggota Polis Kawal Keselamatan Program RXZ Members 7.0 Minggu Depan

Sumber: Fadhlina Sidek

The post Insentif Khas Akan Diberi Kepada SMK Dr. Burhanuddin Jika Catat Sifar Buli – Fadhlina appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center