KDA FC Diperintah Bayar Lebih RM400 Ribu Kepada Irfan Zakaria
KDA FC Diperintah Bayar Lebih RM400 Ribu Kepada Irfan Zakaria
Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dilaporkan perlu melunaskan tuntutan saman bekas pemainnya, Irfan Zakaria, berjumlah lebih RM400,000.
Menurut ciapan wartawan sukan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di platform X, Majlis Resolusi Pertikaian Kebangsaan (NDRC) telah memutuskan bahawa tuntutan Irfan telah diterima.
Keputusan tersebut mewajibkan KDA FC membayar pampasan sebanyak RM419,000 kepada pemain berkenaan, selain faedah tambahan sebanyak lima peratus setahun bermula daripada tarikh keputusan itu dikeluarkan.
Terdahulu, media turut melaporkan Mahkamah Sesyen Alor Setar memutuskan bahawa Darulaman Football Club Sdn. Bhd. perlu melunaskan bayaran berjumlah RM353,426.50 kepada bekas pemain import KDA FC, Sony Norde.
Arahan itu dibuat dipercayai susulan tunggakan gaji yang gagal dijelaskan oleh kelab berkenaan kepada pemain tersebut, lapor Astro Awani.
Difahamkan, bayaran tersebut merangkumi tunggakan gaji selama tujuh bulan yang tidak diterima pemain berasal dari Haiti itu, serta yuran pendaftaran yang juga tidak dibayar ketika Sony menyertai pasukan.
Peguam, Elfie Nieshaen memaklumkan bahawa pihaknya akan meneruskan dengan pelaksanaan kehakiman sekiranya bayaran tidak dibuat selepas tempoh 14 hari.
Menurut Astro Awani, mahkamah turut membenarkan tuntutan Sony untuk memperoleh faedah berjumlah 10 peratus daripada jumlah tunggakan itu serta 5 peratus lagi yang dijanjikan pihak KDA FC terhadapnya.
BACA: Mohd Joehari Sah Letak Jawatan Presiden FAM, Mohd Yusoff Dinamakan Pemangku Presiden
Sumber: Astro Arena
The post KDA FC Diperintah Bayar Lebih RM400 Ribu Kepada Irfan Zakaria appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime