ISS Kongsi Imej Sungai Kelantan Dari Angkasa
1 min read

ISS Kongsi Imej Sungai Kelantan Dari Angkasa



ISS Kongsi Imej Sungai Kelantan Dari Angkasa

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menarik perhatian apabila berkongsi beberapa imej menakjubkan mengenai air di bumi yang diambil dari orbit.

Menerusi satu hantaran di Instagram, imej-imej tersebut merangkumi empat lokasi berbeza iaitu Bahamas, Mexico, Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Gambar-gambar yang dikongsi ini menonjolkan pelbagai ciri semula jadi. Difahamkan, kesemua imej menunjukkan kepelbagaian hidrosfera bumi dan proses semula jadi yang membentuknya.

Imej 1: Bahamas

Gambar: IG @iss

Air biru jernih di pesisir pulau Eleuthera memperlihatkan pasir dan bukit pasir bawah air yang terbentuk akibat arus dan ombak di Laut Atlantik Barat.

Imej 2: Teluk California, Mexico

Gambar: IG @iss

Teluk ini, juga dikenali sebagai Laut Cortez, memisahkan tanah besar Mexico daripada Semenanjung Baja California. Ia merupakan laut paling muda di bumi, terbentuk kira-kira 5 juta tahun lalu akibat pergerakan kerak bumi.

Imej 3: Sungai Kelantan, Malaysia

Gambar: IG @iss

Sungai Kelantan mengalir melalui salah satu dataran banjir paling padat penduduk di Malaysia dan bermuara ke Laut China Selatan. Di tebing timurnya terletak Kota Bharu, bandar yang diasaskan pada akhir abad ke-19 dan kini menempatkan kira-kira 570,000 orang.

Imej 4: Tasik Pyramid, Nevada, AS

Gambar: IG @iss

Tasik ini terletak di timur laut Reno, dikelilingi gurun yang dramatik. Ia popular untuk aktiviti memancing, berkhemah dan memerhati burung.

Dengan imej-imej ini, ISS bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai melihat keindahan bumi dari angkasa. Tetapi, juga mengingatkan kita tentang kepelbagaian dan keunikan ekosistem air di seluruh dunia.

BACA: Bandar “Ini” Tidak Akan Lihat Matahari Selama 64 Hari

Sumber: IG @iss

The post ISS Kongsi Imej Sungai Kelantan Dari Angkasa appeared first on Siakap Keli.





Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center