PRN Sabah: Kesemua 882 Pusat Undi Ditutup 5.30 Petang
PRN Sabah: Kesemua 882 Pusat Undi Ditutup 5.30 Petang
KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) — Kesemua 882 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah ditutup sepenuhnya pada 5.30 petang ini.
Penutupan pusat-pusat pengundian melibatkan 3,599 saluran itu dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan dan jumlah pengundi berdaftar, selepas dibuka tepat 7.30 pagi tadi.
BACA: PRN Sabah Ke-17 Masuk Hari Penentu, 882 Pusat Mengundi Dibuka Tepat 7.30 Pagi
Lebih 1.74 juta pengundi biasa layak menunaikan hak mereka hari ini bagi memilih wakil rakyat masing-masing, bagi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 60.94 peratus atau 1,062,114 orang telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka setakat 4 petang. SPR menjangkakan keputusan awal pengundian dapat diumumkan sekitar 10 malam ini. Ketika ini, proses pengiraan kertas undi dari pusat-pusat yang ditutup awal sedang dijalankan. Untuk berita-berita terkini PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.
BACA: PRN Sabah: Ahmad Zahid Seru Pengundi Guna Hak Pilih Wakil Terbaik
Sumber: Bernama
The post PRN Sabah: Kesemua 882 Pusat Undi Ditutup 5.30 Petang appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime