Angka Korban Orang Awam Kemboja Meningkat Kepada 6 – Kementerian Pertahanan
1 min read

Angka Korban Orang Awam Kemboja Meningkat Kepada 6 – Kementerian Pertahanan



Angka Korban Orang Awam Kemboja Meningkat Kepada 6 – Kementerian Pertahanan

Kementerian Pertahanan di Phnom Penh melaporkan bahawa pertempuran yang kembali berlaku di sepanjang sempadan Kemboja–Thailand telah meragut sekurang-kurangnya enam nyawa orang awam Kemboja.

Menurut hantaran Facebook kementerian itu, tentera Thailand melepaskan tembakan ke wilayah sempadan Banteay Meanchey selepas tengah malam, yang mengakibatkan dua orang awam maut semasa melalui Lebuhraya Nasional 56 akibat peluru berpandu.

Menteri Penerangan Neth Pheaktra memberitahu AFP, sekurang-kurangnya empat orang awam Kemboja terbunuh akibat serangan peluru berpandu Thailand di Wilayah Preah Vihear dan Oddar Meanchey, yang juga bersempadan dengan Thailand, semalam.

“Sekitar 10 orang awam lain cedera,” katanya.

Sementara itu, tentera Thailand memaklumkan bahawa seorang askar mereka maut manakala 18 lagi cedera sejak pertempuran baharu bermula pada hari Ahad.

Kedua-dua pihak saling menuding jari antara satu sama lain atas pencetus semula pertempuran, yang menyaksikan Thailand melancarkan serangan udara dan menggunakan kereta kebal terhadap negara jirannya semalam.

Menurut AFP, konflik ini berpunca daripada pertikaian yang telah berlarutan lebih satu abad mengenai sempadan yang digariskan semasa pemerintahan kolonial Perancis di kawasan itu, di mana kedua-dua negara menuntut beberapa kuil yang terletak di sepanjang sempadan.

BACA: Ini Penjelasan Indonesia Tolak Bantuan Asing, Mahu Urus Bencana Sendiri

Sumber: AFP

The post Angka Korban Orang Awam Kemboja Meningkat Kepada 6 – Kementerian Pertahanan appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center