1 min read

Amaran Hujan Lebat Di 11 Negeri, 3 Wilayah Malam Ini


Amaran Hujan Lebat Di 11 Negeri, 3 Wilayah Malam Ini

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka akan melanda 11 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook berkata keadaan cuaca itu akan melanda seluruh Perlis, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan.

Selain itu, ia juga melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang dan Sik di Kedah.

Manakala, di Perak pula, daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim dijangka turut terkesan.

BACA: Cuaca Panas: 6 Kawasan Berada Pada Tahap Berjaga-Jaga

Beralih ke Pantai Timur, hujan lebat dan ribut petir dijangka akan melanda daerah Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan. Di Terengganu, ia hanya melibatkan daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Di Negeri Sembilan, keadaan cuaca buruk akan melanda Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Jempol. Selain itu di Johor hanya melibatkan darah Segamat,” katanya.

Di Sarawak, ia melibatkan daerah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Sementara itu, di Sabah pula melibatkan Pedalaman, Pantai Barat (Papar dan Ranau), Sandakan (Tongod) dan Kudat.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

The post Amaran Hujan Lebat Di 11 Negeri, 3 Wilayah Malam Ini appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center