Tindakan Gari Zamri Vinoth Ikut Undang-Undang – KPN
Tindakan Gari Zamri Vinoth Ikut Undang-Undang – KPN
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menjelaskan bahawa tindakan membawa pendakwah bebas Zamri Vinoth ke mahkamah dalam keadaan bergari pada Selasa lepas dilaksanakan mengikut prosedur serta lunas undang-undang sedia ada.
Beliau berkata tangkapan awal terhadap Zamri adalah melibatkan kes mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, selain turut disiasat mengikut Akta Hasutan yang memerlukan tindakan prosedur berbeza.
“Kesalahan-kesalahan yang kita tangkap sebelum ini berbeza-beza. Ada yang boleh dijamin dan ada yang tidak, terutama pada fasa awal tangkapan melibatkan empat kes di Putrajaya, di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.
“Pada masa sama, terdapat juga kes di bawah Akta Hasutan yang memerlukan tindakan prosedur berlainan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mohd Khalid berkata perbezaan tindakan itu mungkin menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang awam, namun memberi jaminan semua proses dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang dan merupakan amalan biasa dalam sistem perundangan negara.
Selasa lepas, Zamri dan aktivis Arun Dorasamy antara tiga individu yang dihadapkan ke mahkamah di beberapa negeri atas pertuduhan membuat kenyataan yang menimbulkan kegentaran awam.
Zamri, atau nama sebenarnya Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur; Arun atau nama sebenarnya Arumugam Dorasamy, 56, pula dituduh di Mahkamah Majistret Jawi manakala pemandu e-hailing P Mahendra Bhoopaty, 53, di Mahkamah Majistret Seremban.
Bagaimanapun, Zamri dan Arun mengaku tidak bersalah, manakala Mahendra Bhoopaty didenda RM4,000 atau dipenjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan serupa.
Mengulas mengenai keberadaan aktivis Tamim Dahri, Mohd Khalid berkata pihaknya mempunyai maklumat beliau berada di Tanah Suci dan tindakan pendakwaan telah dibuat.
“Bila sampai masanya (beliau pulang), kita akan ambil tindakan terhadap beliau,” katanya.
Isnin lepas, Mohd Khalid memaklumkan Tamim akan dituduh di Mahkamah Majistret Langkawi, Kedah mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana didakwa merosakkan “soolam”, simbol suci bagi agama Hindu di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswarar di Langkawi.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.