Amaran Hujan Lebat Di 8 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Amaran Hujan Lebat Di 8 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan berlaku di lapan negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 8 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan keadaan cuaca buruk itu akan berlaku di seluruh negeri Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Selain itu, daerah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak juga terlibat.
Di Pahang pula, daerah yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Bentong.
Manakala di Selangor membabitkan daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
Bagi Negeri Sembilan, hujan lebat diramal berlaku di kawasan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.
Keadaan cuaca itu juga akan berlaku di negeri Johor iaitu di daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Beralih ke Sarawak, hujan lebat dijangka melanda daerah Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song).
Manakala di Sabah pula, ia hanya melibatkan daerah Tawau dan Sandakan (Kinabatangan).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Berita Terkini
Berita Terbaru
Daftar Terbaru
News
Jasa Impor China
Berita Terbaru
Flash News
RuangJP
Pemilu
Berita Terkini
Prediksi Bola
Technology
Otomotif
Berita Terbaru
Teknologi
Berita terkini
Berita Pemilu
Berita Teknologi
Hiburan
master Slote
Berita Terkini
Pendidikan
Resep
Jasa Backlink
Slot gacor terpercaya
Anime Batch