1 min read

Bekas Pemain Harimau Malaya Gopinath Meninggal Dunia


Bekas Pemain Harimau Malaya Gopinath Meninggal Dunia

Bekas pemain bola sepak kebangsaan T Gopinath Naidu dilaporkan meninggal dunia pada usia 50 tahun, semalam.

Khabar duka itu dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi hantaran di laman Facebook.

“FAM mengucapkan salam takziah kepada keluarga mendiang T Gopinath Naidu. Beliau merupakan bekas pemain kebangsaan era 90-an selain pernah beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur (1992-1994) dan Perak (1996),” menurut hantaran itu.

Gopinath yang diberi julukan Kuala Lumpur Wonder Boy pernah membantu skuad The City Boys memenangi kejuaraan Piala FA pada 1993 dan 1994.

Persembahan cemerlang Gopinath membawanya ke pentas antarabangsa termasuk bersama Aston Villa di England dan Bayern Leverkusen di Jerman.

Namun, Gopinath bergelut dengan kecederaan lutut yang memaksanya bersara pada 1999, ketika usianya 25 tahun.

Bersama skuad Harimau Malaya, Gopinath pernah membantu pasukan antaranya pada Sukan Asia 1994 di Hiroshima, Jepun dan pusingan kelayakan Sukan Olimpik Atlanta 1996.

BACA: Wartawan Veteren Fauziah Rauf Meninggal Dunia

BACA: Tidak Rasmi: Sze Fei-Izzuddin Genggam Ranking Nombor Satu Dunia

BACA: Kerajaan Beri Jaminan Harga Petrol RON95 Tidak Dinaikkan 

Sumber: BERNAMA

The post Bekas Pemain Harimau Malaya Gopinath Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center