PUBG MOBILE Raikan Pemain #1: Update Ulang Tahun Ke-8 & Kolaborasi Global
PUBG MOBILE Raikan Pemain #1: Update Ulang Tahun Ke-8 & Kolaborasi Global
PUBG MOBILE, salah satu permua (mobile games) paling popular di dunia, kini memulakan sambutan Ulang Tahun ke-8 dengan barisan acara global, ganjaran eksklusif, kemas kini permainan utama, cabaran kompetitif, dan kolaborasi muzik bertaraf bintang.
Meraikan lapan tahun aksi Battle Royale, PUBG MOBILE melangkah ke hadapan dengan sambutan ulang tahun terbesarnya setakat ini, menjemput pemain untuk menyelami Ulang Tahun ke-8 dan meneroka pelbagai kemungkinan tanpa had, seterusnya memberi definisi baharu kepada permainan dan pengalaman buat pemain di mana jua.
PUBG MOBILE meningkatkan keterujaan Ulang Tahun ke-8, bermula dengan pelancaran sulung eksklusif Lagu Tema PUBG MOBILE 2026 bertajuk “LEAN” oleh kumpulan pencalonan Grammy, OneRepublic. Selepas tayangan perdana eksklusif di dalam permainan pada 12 Mac, lagu tersebut kini tersedia secara rasmi untuk ditebus oleh semua pemain secara percuma.
Sambutan ini turut menampilkan ikon global BamBam, MINNIE daripada (G)I-DLE, fenomena anime Jujutsu Kaisen, dan jenama kereta sukan mewah Apollo Automobil. Merangkumi dunia muzik, K-pop, anime, dan budaya automotif, kolaborasi ini mempamerkan pengaruh global PUBG MOBILE serta memberikan pengalaman ulang tahun yang benar-benar imersif.
PUBG MOBILE turut mengalu-alukan kedatangan dua atlet kelas dunia ke medan tempur sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ini, termasuk bintang bola sepak Brazil, Richarlison, dan jaguh besbol Dominican, Juan Soto. Pemain akan berpeluang merasai pengalaman permainan sebagai ikon sukan ini melalui kostum (skin) watak eksklusif di dalam permainan yang diinspirasikan daripada persona dunia sebenar mereka.
Direka untuk membawakan tenaga sukan profesional ke arena Battle Royale, kolaborasi ini menawarkan cara baharu kepada peminat untuk berhubung dengan atlet kegemaran mereka sambil bersaing dalam mod paling popular di PUBG MOBILE.
Memperluaskan lagi barisan kolaborasi global untuk ulang tahun ke-8, PUBG MOBILE bekerjasama dengan bintang K-pop global, BamBam dan MINNIE daripada (G)I-DLE, untuk pengalaman muzik baharu yang imersif di dalam permainan.
Kolaborasi ini memperkenalkan lagu tunggal (single) eksklusif bertajuk “CARRY YOU” yang akan tersedia di dalam permainan bermula 27 Mac, membawakan irama bertenaga dan rancak kepada pemain di seluruh dunia. Bersempena dengan pelancaran tersebut, pelbagai barangan kolaborasi eksklusif yang diinspirasikan oleh BamBam dan MINNIE akan dilancarkan pada hari yang sama, termasuk gaya rambut ikonik serta kelengkapan yang direka khas.
Direka untuk mencerminkan gaya dan pengaruh unik artis-artis tersebut, kolaborasi ini menjemput pemain untuk mengikut rentak “CARRY YOU”, membentuk pasukan bersama rakan-rakan, dan meraikan ulang tahun ke-8 PUBG MOBILE!
Kemeriahan diteruskan lagi dengan kolaborasi khas MrBeast, yang memberikan peluang kepada pemain untuk menonton episod cabaran terbaharunya (latest challenge episode) di dalam permainan serta menebus ganjaran eksklusif, termasuk baju hoodie bertema dan elemen interaktif di dalam permainan.
Dari sudut corak permainan pula, PUBG MOBILE memperkenalkan Evolving Universe, sebuah mod bertema baharu yang memberikan nafas baharu kepada medan tempur klasik dengan persekitaran yang diperbaharui, mekanik baharu, dan ciri-ciri berasaskan kemajuan (progression), di samping kemas kini menyeluruh bagi Mod Klasik yang merangkumi senjata baharu, kenderaan, dan penambahbaikan sistem.
Bersama-sama dengan kemas kini ini, ekosistem pencipta World of Wonder (WOW) terus berkembang menerusi program insentif bernilai USD$10 juta dan alatan baharu yang direka untuk menyokong kreativiti pemain serta penghasilan kandungan.
WOW DASH turut diperkenalkan sebagai acara kompetitif baharu yang dibina berasaskan peta WOW, di mana pemain boleh mengumpul Golden Ticket Fragments melalui aktiviti dalam permainan dan menukarkannya kepada Golden Ticket untuk layak bertanding.
Bermula 19 Mac, pemegang tiket boleh menyertai Cabaran WOW DASH dengan melengkapkan peta WOW yang ditetapkan untuk meraih mata dan mendaki Kedudukan Peta WOW, dengan pemain terbaik akan mara ke cabaran akhir untuk merebut sebahagian daripada tabung hadiah USD$100,000.
Selain itu, pemain boleh menikmati pelbagai ganjaran ulang tahun dan insentif dalam permainan, termasuk keistimewaan RPA18, diskaun Mythic Forge, dan barangan eksklusif yang tersedia melalui sistem Koleksi Kad, sempena sambutan ulang tahun ke-8 PUBG MOBILE.
Pada 27 Mac, tumpuan dunia akan terarah ke Kaherah, Mesir, di mana Karnival Ulang Tahun Ke-8 yang menjadi acara utama akan berlangsung di hadapan Piramid Giza yang tersohor di peringkat global.
Menandakan satu peristiwa bersejarah, PUBG MOBILE bakal menjadi permainan video pertama yang menganjurkan acara sambutan di tapak ikonik tersebut, serta yang pertama mengadakan karnival permainan di kawasan Piramid.
Para pemain boleh menikmati persembahan utama daripada bintang rap Mesir, Wegz, dan kumpulan tarian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, The Mayyas, di samping pameran e-sukan serta pengalaman pentas imersif yang diilhamkan oleh semesta PUBG MOBILE.
Menambah lagi kemeriahan sambutan, DJ terkenal antarabangsa, Mahmut Orhan, akan membawakan bunyi khas beliau ke Karnival Ulang Tahun Ke-8 di Kaherah, dengan persembahan bertenaga tinggi berlatarbelakangkan keindahan Piramid Giza.
Kehadiran beliau meningkatkan lagi daya tarikan global acara ini sambil memberi kesan yang mendalam kepada penonton di rantau tersebut.
Selain daripada permainan itu sendiri, perayaan ulang tahun ini turut diperluas kepada acara komuniti berskala besar. Di Turkiye, PUBG MOBILE akan menghimpunkan para pemain untuk satu acara Gala luar talian (offline) yang hebat pada 27 Mac, bagi meraikan lapan tahun aksi Battle Royale.
Acara ini menggabungkan elemen permainan, muzik, dan e-sukan dengan persembahan daripada pempengaruh sesegel, bintang rap tempatan Lvbel C5, serta pencipta kandungan dan bintang e-sukan terkemuka PUBG MOBILE.
Para peminat boleh menyertai cabutan bertuah kejutan, parti menonton (viewing parties) secara luar talian di seluruh Istanbul, Ankara, Izmir, dan Samsun, serta merasai kembali kemunculan mercu tanda ikonik dalam permainan seperti Menara Galata dan Menara Maiden.
Di rantau Asia Tenggara, festival “8EYOND THE CIRCLE, 8ATTLEGROUND FOR EVERY #1” bakal jadi tumpuan utama pada 28–29 Mac di Surabaya, Indonesia. Pengunjung boleh jelajah Hall of Fame dan Experience Zones, sertai cabaran 4v4, tengok showcase rekaan helmet, serta nikmati persembahan daripada Juicy Luicy, Ndarboy Genk, Ananta Vinnie dan ANTINRML.
Sebagai penutup, festival ini akan menampilkan pertunjukan dron berskala bandar bagi meraikan impak permainan ini terhadap komuniti gamer tempatan. Ia dijangka menjadi pertunjukan dron terbesar pernah diadakan di Indonesia dan menyasarkan rekod baharu dalam Museum Rekor-Dunia Indonesia (MURI), sekaligus melengkapkan sambutan perjalanan lapan tahun PUBG MOBILE di rantau ini.
Di seluruh Asia Tenggara, Festival “8EYOND THE CIRCLE, 8ATTLEGROUND FOR EVERY #1” akan menjadi tumpuan utama dari 28 hingga 29 Mac di Surabaya, Indonesia. Para peminat boleh menerokai zon Hall of Fame dan Experience, menyertai cabaran 4v4, menikmati pameran ciptaan topi keledar (helmet), serta menyaksikan persembahan daripada Juicy Luicy, Ndarboy Genk, Ananta Vinnie, dan ANTINRML.
Menutup tirai festival tersebut adalah pertunjukan dron berskala bandar bagi meraikan impak permainan ini terhadap komuniti permainan tempatan. Pertunjukan ini dijangka menjadi pertunjukan dron terbesar yang pernah diadakan di Indonesia dan menyasarkan untuk mencatatkan rekod baharu dalam Museum Rekor-Dunia Indonesia (MURI), sekali gus melengkapkan sambutan perjalanan lapan tahun PUBG MOBILE di rantau ini.
Dibina beraskan falsafah jenama “FOR EVERY #1” dan “Beyond Battle Royale,” Ulang Tahun Ke-8 PUBG MOBILE meraikan potensi unik setiap pemain.
Dengan manifesto “I’M THE #1”, PUBG MOBILE menggalakkan para pemain untuk berani bermimpi, mendepani sesuatu yang belum diterokai, dan menikmati kehidupan tanpa batasan.
PUBG MOBILE boleh dimuat turun dan dimainkan secara percuma di App Store and Google Play Store.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.