Bekas Pengawal Peribadi Dedah Gaji Lindungi Ronaldo
Bekas Pengawal Peribadi Dedah Gaji Lindungi Ronaldo
Bekas pengawal peribadi Cristiano Ronaldo, Hichman Bukhari mendedahkan jumlah gaji yang lumayan ketika bekerja menjaga ikon bola sepak dunia itu, lapor The Sun.
Menurut Bukhari, beliau menerima bayaran lumayan mencecah £255,000 (RM1.5 juta) setahun ketika bertugas menjaga keselamatan pemain itu semasa bersama kelab Real Madrid.
Kontraktor tentera swasta (PMC) dan pengawal keselamatan peribadi (CPO) itu berkata dia merupakan sebahagian daripada pasukan keselamatan Ronaldo selama empat tahun ketika pemain Portugal itu menetap di ibu kota Sepanyol.
Tambahnya, dia menerima bayaran sebanyak £850 sehari (RM4,860) atau kira-kira £4,250 seminggu (RM24,300), bersamaan lebih £21,000 sebulan (RM120,000) ketika mengiringi setiap pergerakan ikon bola sepak berkenaan, sama ada dalam kota Madrid atau ke lokasi percutian mewah.
“Kebanyakan waktu, Ronaldo tidak pernah menerima ancaman bunuh. Ancaman yang biasa dihadapi lebih kepada peminat fanatik atau cubaan rompakan,” katanya dalam satu temu bual bersama Telecinco.
Bukhari turut mendedahkan, prosedur keselamatan ketat perlu diikuti termasuk mengenal pasti lokasi, laluan keluar masuk, dan titik pertemuan sebelum mula menjalankan tugas.
“Kami perlu sentiasa bersedia untuk mempertaruhkan nyawa demi melindungi klien (Ronaldo). Jika perlu, saya tidak teragak-agak untuk menggunakan senjata demi keselamatan,” katanya lagi.
Gembira bekerja di bawah Ronaldo – Bukhari
Walaupun perlu berdepan paparazi dan peminat fanatik, Bukhari menyifatkan pengalaman bekerja bersama Ronaldo sebagai antara yang terbaik dalam kerjayanya.
“Cristiano adalah majikan terbaik yang pernah saya ada. Kami mempunyai hubungan yang baik sepanjang saya bekerja dengannya,” katanya sambil menyatakan kebanyakan insiden yang berlaku hanyalah gangguan kecil tanpa ancaman serius.
Sumber: The Sun
BACA: Alex Ferguson Pernah ‘Naik Angin’, Pemain United Tak Layan Peminat
BACA: Tiga Termasuk Kanak-Kanak Maut Bot Terbalik Di Tanjung Harapan
BACA: Lima Sekeluarga Maut Dalam Nahas Dua Kenderaan Di Jerantut
The post Bekas Pengawal Peribadi Dedah Gaji Lindungi Ronaldo appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime