Cara Isi RON95 Guna MyKad Di Pam Minyak Petronas, Petron, BHPetrol, Shell & Caltex
Cara Isi RON95 Guna MyKad Di Pam Minyak Petronas, Petron, BHPetrol, Shell & Caltex
Seperti yang semua tahu, bermula 30 September 2025, harga subsidi RON95 ditetapkan kepada RM 1.99 seliter di bawah sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 (BUDI95) .
Ia selepas diumumkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.
Inisiatif kerajaan ini dapat dinikmat oleh rakyat menerusi langkah pengesahan MyKad.
Susulan itu, timbul pelbagai persoalan mengenai skim ini khususnya langkah penggunaan MyKad sewaktu mengisi petrol di stesen pam minyak.
Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan langkah untuk penggunaan minyak skim ini di stesen minyak berdekatan anda di bawah.
Cara Isi Petrol RON95
Petronas
- Tekan preset jumlah
- Pilih amaun dan buat bayaran (kad visa)
- Masukkan MyKad untuk sahkan kelayakan BUDI95
- Jika layak, tekan “Teruskan dengan pembelian”
- Nak lebih nilai, boleh masukkan nombor telefon untuk kumpul mata ganjaran.
- Angkat nozel dan mula isi minyak
- Cetak resit untuk butiran
Petron
- Semak MyKad untuk kelayakan BUDI95 di pam minyak
- Jika layak, teruskan dengan menetapkan amaun yang dipilih sebelum membuat pembayaran
- Gunakan kad kredit atau kad debit untuk membuat bayaran secara pay wave
- Jika mempunyai kad Petron Miles, boleh masukkan untuk mengumpul mata ganjaran
- Setelah transaksi pembayaran selesai, boleh mencetak resit
- Boleh mula mengisi minyak dalam tangki kenderaan
BHPetrol
- Sediakan kad bank (debit/kredit): untuk sentuk atau masukkan kad pembayaran untuk isian penuh atau masukkan amaun dan buat pembayaran
- Masukkan MyKad: jika subsidi disahkan, boleh kumpul BHPetrol ePoint atau terus mulakan pengisian.
- Jika pengesahan subsidi tidak berjaya, boleh teruskan tanpa subsidi dan buat pembelian dengan harga pasaran
- Cetak resit untuk rujukan
Shell
- Pilih preset amaun minyak yang hendak di bayar
- Buat bayaran secara pay wave
- Masukkan MyKad untuk pengesahan kelayakan
- Jika layak, anda boleh terus isi minyak pada kenderaan
- Cetak resit
Cara Bayar Tapi Duit RM200 Tak ‘Ditahan’
- Pilih preset amaun minyak yang hendak di bayar
- Masukkan kad bank dan masukkan nombor pin untuk pengesahan pembayaran
- Boleh isi minyak seperti biasa
Caltex
- Muat turun dan buka aplikasi Caltex Go
- Semak kelayakan, pilih pam & bayar terus dari telefon
- Kumpul mata & tebus ganjaran (500 mata ganjaran untuk tarikh lahir)
- Boleh isi seperti biasa
@caltextamancempaka
Tak perlu risau beratur untuk subsidi! Dengan Caltex GO Apps anda boleh:
Check Kelayakan,Pam & bayar terus dari telefon
Kumpul mata & tebus ganjaran
Nikmati 500 point bonus hari jadi
![]()
Daftar Caltex Go Apps Sekarang
. #fyp #CaltexGO #subsidi #subsidipetrol #kumpulpoint
♬ original sound – Caltex Taman Cempaka – Caltex Taman Cempaka
Sumber: Petronas, Petron, BHPetrol, Shell, Caltex
The post Cara Isi RON95 Guna MyKad Di Pam Minyak Petronas, Petron, BHPetrol, Shell & Caltex appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime
Tak perlu risau beratur untuk subsidi! Dengan Caltex GO Apps anda boleh:
Check Kelayakan,Pam & bayar terus dari telefon
Daftar Caltex Go Apps Sekarang
. #fyp #CaltexGO #subsidi #subsidipetrol #kumpulpoint