Cuba Rambutan Kali Pertama, Ramai Terkejut Tengok Mat Saleh Ni Letak ‘Perisa Tambahan’
Cuba Rambutan Kali Pertama, Ramai Terkejut Tengok Mat Saleh Ni Letak ‘Perisa Tambahan’
Malaysia kaya dengan kepelbagaian buah-buahan tempatan yang bukan sahaja lazat tetapi juga berkhasiat.
Dari durian yang terkenal dengan aromanya yang kuat, rambutan yang manis dan berjus hinggalah mangga yang segar, setiap buah menyimpan keunikan tersendiri.
Buah-buahan tempatan bukan sahaja menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk dinikmati segar, dijadikan pencuci mulut atau bahan dalam masakan tradisional, malah menjadi tarikan utama bagi pelancong yang ingin merasai keaslian rasa tempatan.
“Habislah saya”
Seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Kerry Man banyak membuat konten reviu makanan unik dan buah buahan daripada pelbagai negara.
Pempengaruh yang mempunyai 1.3 juta pengikut di TikTok turut dilihat mencuba rambutan yang sudah dibungkus.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @kerrybmann di TikTok, pada awalnya dia menjangkakan mungkin sedang menjadi mangsa gurauan (prank) daripada pengikutnya yang mencadangkan buah tersebut.
Selain itu, pempengaruh berkenaan mencuba rambutan bersama air berkarbonat berperisa strawberi, yang kelihatan padanan sesuai untuknya.
Pempengaruh itu beri markah penuh
Sebelum mencuba buah itu, dia nampak agak risau sambil terhibur melihat rupa rambutan itu. Namun, selepas beberapa kunyahan, dia kelihatan seolah-olah ‘jatuh cinta’ dan terkejut dengan rasanya.
“Oh saya sukakan rambutan,” kata @kerrybmann lagi.
Lebih menarik apabila dia turut menambah serbuk cili Tahin di atas rambutan itu untuk menjadikannya lebih sedap.
Selepas merasa dan menyukai rambutan itu, @kerrybmann terus memberikan markah 10/10.
“Anda patut rasa buah ini juga,” katanya lagi.
Ramai yang bersetuju dengan markah yang diberikan
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi pelbagai reaksi terhadap video tersebut.
Pada masa sama, seorang pengguna TikTok menjelaskan bahawa buah itu turut dikenali sebagai ‘lichas’ di Honduras.
“Awak patut cuba makan durian. Buahnya agak berbau dan rasanya tajam, tapi saya yakin awak akan menyukainya,” komen seorang warga maya.
“Terima kasih kerana ajar saya tentang buah itu. Saya tak pernah melihatnya, tidak tahu bagaimana untuk makan rambutan. Saya akan cuba nanti,” komen seorang lagi warga maya.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime