Dapat RM69, Penduduk ‘Serbu’ Masjid Seawal Tengah Hari Untuk Tarawih
2 mins read

Dapat RM69, Penduduk ‘Serbu’ Masjid Seawal Tengah Hari Untuk Tarawih



Dapat RM69, Penduduk ‘Serbu’ Masjid Seawal Tengah Hari Untuk Tarawih

JAKARTA — Baru-baru ini, tular penduduk di Sumenep, wilayah Jawa Timur mencuri perhatian ramai apabila memenuhi sebuah masjid dari tengah hari untuk menunaikan solat tarawih bagi meraih hadiah berupa wang tunai RM69, lapor Kumparan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @ceritakotakeris, memaparkan suasana penuh dengan jemaah yang mencari ruang solat di sekitar masjid berkenaan.

Bahkan, ada yang sanggup membentangkan sejadah di laluan berturap.

Perkara itu disahkan oleh wakil rakyat, Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI) daripada Fraksi Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) bagi kawasan pilihan raya Madura, MH Said Abdullah.

Pemberikan Zakat

Maklum Said Abdullah, pihaknya mengagihkan zakat mal kepada jemaah yang menunaikan solat tarawih di beberapa masjid di Kabupaten Sumenep.

Difahamkan, program itu dilaksanakan di masjid dan surau sekitar Kabupaten Sumenep, antaranya Mushala Wakaf Abdullah, Masjid Laju, Masjid Nasabandiyah, Mushala Habib Muhsin, Mushala Zainab, Mushala Ba’antar, Mushala Bahrez serta Masjid Fatimah Bin Gauzan, pada Rabu.

Susulan itu, penduduk setempat berpusu-pusu hadir ke masjid, malah ada yang telah datang dan membentangkan tikar sejak awal tengah hari.

Sementara itu, Ketua Seksyen Perhubungan Awam (Kasi Humas) Polres Sumenep, AKP Widiarti, berkata pengagihan zakat mal itu hanya dilaksanakan pada Rabu (18/2) sahaja sepanjang Ramadan ini.

“Hari Rabu sahaja, zakat mal,” katanya.

Beliau menjelaskan zakat mal yang diberikan oleh Said Abdullah kepada penduduk Sumenep yang hadir adalah dalam bentuk wang tunai sebanyak Rp300,000 (RM69) setiap seorang.

Bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini, seramai 193 anggota polis tempatan dikerahkan ke lokasi bermula jam 4 petang hingga 8 malam waktu Indonesia Barat.

“Alhamdulillah, keseluruhan rangkaian solat tarawih dan pengagihan zakat mal berjalan dengan aman dan lancar serta situasi kekal kondusif.

“Ini hasil kerjasama yang baik antara anggota keselamatan dan masyarakat,” kata Ketua Polis Sumenep, AKBP Anang Hardiyanto, pada Jumaat

Polres Sumenep memaklumkan akan terus meningkatkan kehadiran serta perkhidmatan sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan kestabilan keselamatan dan ketenteraman awam di wilayah tersebut.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center