Doktor Kanan Ditahan Selepas Sembilan Bayi Maut Di Hospital Bersalin
Doktor Kanan Ditahan Selepas Sembilan Bayi Maut Di Hospital Bersalin
Rusia — Dua doktor kanan ditahan susulan kematian sembilan bayi di sebuah hospital bersalin di Siberia pada awal Januari, lapor BBC.
Pihak Jawatankuasa Penyiasatan Rusia memaklumkan bahawa kesemua mangsa meninggal dunia ketika cuti panjang sambutan Tahun Baharu di Novokuznetsk. Kejadian berkenaan mencetuskan kemarahan dalam kalangan orang ramai.
Setakat ini, punca kematian tidak didedahkan.
Menurut jurucakap, Svetlana Petrenko, kesemua mangsa dilahirkan di Hospital Bersalin Novokuznetsk No 1 antara 1 hingga 12 Januari. Kematian pertama direkodkan pada 4 Januari lalu.
Tanpa perincian lanjut, pihak jawatankuasa memaklumkan bahawa ketua pegawai perubatan dan ketua unit rawatan rapi telah ditahan atas dakwaan melaksanakan tugas rasmi dan profesional secara tidak wajar dalam pengurusan serta penyediaan rawatan perubatan.
BACA: SARA Mula Disalurkan Kepada 3.1 Juta Penerima Bujang Hari Ini
BACA: Cuaca Sejuk Menyelubungi Pantai Timur, Rupanya Datang Dari Siberia
Difahamkan, kedua suspek memberi kerjasama terhadap siasatan yang dijalankan.
Pihak berkuasa kini sedang meneliti pertuduhan yang sesuai serta kemungkinan penahanan reman sebelum perbicaraan.
Sementara itu, pihak jawatankuasa turut menyiarkan video yang menunjukkan seorang lelaki diiring keluar serta seorang lagi menandatangani beberapa dokumen di hadapan pegawai beruniform.
Dalam pada itu, keterangan waris mangsa dan saksi telah diambil manakala beberapa bahan disita bagi membantu pengumpulan bukti tambahan.
Sembilan bedah siasat telah dijalankan.
Menerusi laporan agensi berita Interfax, Kementerian Kesihatan Kemerovo yang turut menjalankan siasatan mendapati kesemua mangsa mengalami jangkitan intrauterin yang serius.
Hospital berkenaan turut mengumumkan tidak lagi menerima pesakit berikutan peningkatan jangkitan pernafasan pada tahap luar biasa.
BACA: Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta: Bung Moktar Dilepaskan, Kes Zizie Izette Diteruskan
BACA: “Paling Berkesan,” Lelaki Filipina Puji Sistem Pencen KWSP
BACA: Kertas Siasatan Kes Bekas PTD Dijangka Siap Isnin Hadapan – Azam Baki
Sumber: BBC
The post Doktor Kanan Ditahan Selepas Sembilan Bayi Maut Di Hospital Bersalin appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime