Dr Akmal & Isteri Batal Hasrat Tunai Haji, Salur Simpanan RM120K Untuk Rawatan Adik Medina
Dr Akmal & Isteri Batal Hasrat Tunai Haji, Salur Simpanan RM120K Untuk Rawatan Adik Medina
Menjalankan Rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan haji sudah menjadi impian tertinggi setiap Muslim. Namun, tidak semua insan dikurniakan rezeki menjejakkan kaki ke Tanah Suci apatah lagi apabila perjalanan ini memerlukan kos yang tinggi.
Berikutan itu, ramai yang masih menanti giliran di samping menyimpan wang bagi menunaikan hasrat suci ini.
Berlainan pula dengan situasi ahli politik, Dr Akmal Saleh dan isterinya yang juga menyimpan hasrat untuk menunaikan haji pada tahun ini.
Bagaimanapun, hasrat itu ditangguhkan selepas beliau mendapat tahu bahawa ada seorang anak kecil yang memerlukan dana untuk menjalani pembedahan hati.
Mennyedari bahawa pentingnya kesihatan dan nyawa, Dr Akmal bersama isterinya memilih untuk menyerahkan simpanan yang berjumlah RM120,000 kepada keluarga Adik Medina.
“Jika kita nak beri sesuatu pada orang,berilah apa yang paling kita sayang.
“Rezeki Medina Allah gerakkan saya kumpulkan duit dalam beberapa tahun ni, ingatkan untuk pergi haji tetapi sebenarnya untuk kos rawatan Medina rupanya.
“Moga Medina dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik seperti anak-anak yang lain,” kongsi beliau di laman Facebook miliknya.
Keputusan tersebut dimaklumkan oleh Dr Akmal ketika berkunjung ke rumah Adik Medina dan dikongsikan melalui satu hantaran di Facebooknya, semalam.
Warga maya yang tersentuh dengan kabaikan yang dipamerkkan, berpusu-pusu meluahkan rasa syukur dan mendoakan kesejahteraan buat Dr Akmal dan isterinya.
Difahamkan, adik Medina memerlukan dana berjumlah RM180,000 bagi menjalankan pembedahan pemindahan hati di sebuah hospital di China.
Kutipan dana belum mencukupi
Menurut bapa adik Medina, biarpun kutipan sumbangan sudah dilaksanakan, namun jumlah yang diperlukan masih tidak mencukupi.
“Dari segi dokumen, semua dah lulus. Cuma masalah sekarang dana je lah. Kutipan dana diuruskan oleh Yayasan Nanyang. Kali terakhir kita kemas kini hari tu, baru RM62,000,” jelasnya.
Difahamkan, keluarga kecil itu masih kekurangan sebanyak RM120,000 bagi menjalankan pembedahan berkenaan.
Setelah mengesahkan situasi berkenaan, Dr Akmal dan pasangannya sebulat suara menyerahkan wang yang disimpan bagi menunaikan haji itu kepada adik Medina.
“Saya tak boleh tengok budak-budak macam ni. Saya ni nak bagi tahu encik, saya ni duit tak banyak tapi ada lah saya simpan.
“Sebenarnya saya merancang tahun ni pergi haji tapi macam ni lah. Saya rasa daripada pergi haji dengan selamatkan nyawa ni, nyawa lagi penting.
“Sebenarnya saya nak pergi berdualah dengan orang rumah saya. Kami tak dapat yang ikut… dah tiga empat tahun saya rayu tak dapat. Jadi tahun ni saya punya cadangan nak bayar je lah cik.
“Tahun ni dalam simpanan saya memang betul cukup-cukup RM120,000. Saya tak tipu, cik. RM120,000 tu memang cukup-cukup nak pergi haji.
“Tabung Haji Travel tu memang ada pakej yang RM60,000 tu. Itu yang paling murah antara yang banyak-banyak. Jadi berdua, genaplah RM120,000 tu,” ujar beliau.
Nyawa lebih penting berbanding tunai haji
Bercakap tentang rezeki, Dr Akmal berpendapat wang yang disimpannya lebih bermakna jika digunakan buat menyelamatkan nyawa adik Medina.
“Mungkin Allah tak panggil saya lagi, duit ni memang untuk Medina la kot saya rasa. Saya rasa, yang lebih penting nyawa dia,” katanya lanjut.
Beliau turut berpesan kepada kedua ibu bapa adik Medina untuk segera menghubungi pihak Yayasan Nanyang bagi memaklumkan mereka sudah mempunyai dana yang cukup.
“Kalau dia kata dalam dua tiga hari nak berlepas, berlepas je. Kalau dia kata dalam beberapa hari, secepat mungkinlah. Sebab apa, dia soal masa.
“Nyawa dia bergantung dengan masa. Memang kita nampak dia tak ada apa-apa, memanjat tapi sebenarnya dia akan lagi… merudum,” jelas beliau sambil menahan sebak.
Menurutnya, beliau juga memahami perasaan kedua ibu bapa yang ingin melihat anaknya kembali sihat.
“Macam anak saya lah, kita faham. Macam mana kita jaga, kalau boleh kita nak dia sihat. Kalau boleh nyawa kita pun kita nak bagi pada dia,” ucapnya.
Melihat riak wajah ibu dan ayah adik Medina, Dr Akmal turut cuba menenangkan mereka.
“Allah bagi tu bukan rezeki saya sebenarnya. Allah bagi saya ni, transit je. Sebenarnya memang rezeki adik Medina. Ibu jangan risau lah ye, yang penting Medina dapat rawatan dia, kita usaha yang terbaik untuk Medina,” pujuk beliau.
Menutup kata, Dr Akmal sempat menitip pesan buat semua.
“Kalau kita nak bagi pada orang ni cik, kita bagi yang paling kita sayang. saya memang nak pergi haji ni sebab saya dah pergi umrah banyak kali dah tapi tak dapat nak pergi haji.
Sambil menyeka air mata, Dr Akmal memeluk adik Medina buat kali terakhir sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
@drakmalsaleh Jika kita nak beri sesuatu pada orang,berilah apa yang paling kita sayang Rezeki medina Allah gerakkan saya kumpulkan duit dlm beberapa tahun ni ingatkan untuk gi haji tetapi sebenarnya untuk kos rawatan medina rupanya Moga Medina dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik seperti anak-anak yang lain #drakmalsaleh
♬ original sound – Dr akmalsaleh – Dr akmalsaleh
BACA: Video Promosi Pelancongan Singapura, Ini Penjelasan Sofyank
BACA: “Terima Kasih Datuk,” Tolong Taja Yuran Pendaftaran, Jasa Bung Moktar Dikenang Graduan
Sumber: Facebook Akmal Saleh
The post Dr Akmal & Isteri Batal Hasrat Tunai Haji, Salur Simpanan RM120K Untuk Rawatan Adik Medina appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime