Dua Mingu Gagal Dikesan, Wanita Dipercayai Hilang
1 min read

Dua Mingu Gagal Dikesan, Wanita Dipercayai Hilang



Dua Minggu Gagal Dikesan, Wanita Dipercayai Hilang

Seorang wanita dikenali sebagai Rahmah Muhamad, 60, dipercayai hilang sejak dua minggu lalu di Kedah.

Kehilangan mangsa dimaklumkan anak saudaranya menerusi hantaran di Facebook Sofia Zaireen dan Shahrin Zikri.

“Assalamualaikum semua, ibu saudara saya tak dapat dijejak sejak 16 Ogos 2025. Semua laporan telah dibuat dan disusulkan kepada pihak polis & kes ini masih dalam siasatan. Mohon doa dari semua.

“Kami telah berusaha bermacam-macam cara. Setakat ini belum ada petunjuk positif,” kongsinya di platform media sosial berkenaan.

Difahamkan, mangsa kali terakhir berjaya dikesan adalah di Kangar, Perlis.

Sebelum ini, Rahmah ada memberitahu kepada keluarga ingin mengikuti Program Kemasyarakatan di Kedah sejak 13 Ogos lalu.

Bagaimanapun sehingga kini mangsa tidak dapat dihubungi termasuk aplikasi permesejan atas talian WhatsApp hanya dalam keadaan ‘satu tick’ sahaja.

Turut memaklumkan adalah seorang lagi anak saudara mangsa, Shahrin Zikri menerusi satu perkongsian video.

Sehubungan itu, Shahrin memohon orang ramai sekiranya terjumpa mangsa memaklumkan dan menghubungi di talian 013-6188306 (anak saudara) atau 016-6011159 (Kakak).

Sumber: Facebook Sofia Zaireen, Shahrin Zikri

BACA: Macam Tu Je Rupanya, Guru Ajar Lukis Bintang Jalur Gemilang Cuit Hati Ramai

BACA: Penghuni Rumah Gempar Ular Sawa Lebih 80kg Jatuh Dari Siling

BACA: Bukan Di Stadium Merdeka, Ini Lokasi Pertama 7 Laungan ‘Merdeka’ Dilakukan

The post Dua Mingu Gagal Dikesan, Wanita Dipercayai Hilang appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center