Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Awal Pagi Ini
1 min read

Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Awal Pagi Ini



Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri dan semua Wilayah Persekutuan hingga jam 4 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah terlibat seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah diramal hujan.

Manakala di seluruh kawasan Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Wilayah Persekutuan Labuan juga diramal hujan.

“Di Selangor, daerah yang terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. Manakala di Negeri Sembilan seperti Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

“Di Johor pula, hanya dua daerah yang diramal hujan iaitu Tangkak dan Muar.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) dan Limbang .

“Selain itu, di Sabah termasuk Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Kudat (Kudat),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

 

The post Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Awal Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center