
GSF: Aktivis Itali Peluk Islam Semasa Dalam Tahanan
GSF: Aktivis Itali Peluk Islam Semasa Dalam Tahanan
Perjalanan seorang aktivis Itali dalam misi kemanusiaan bertukar menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya.
Tommaso Bortolazzi, ketua kapal Maria Cristin dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF), mendedahkan beliau telah memeluk Islam ketika berada dalam tahanan Israel.
Kisah itu dikongsikan dalam sesi temu bual eksklusif bersama Agensi Anadolu selepas beliau selamat tiba di Istanbul, Turki.
Menurut Bortolazzi, penyertaannya dalam flotila adalah atas dasar rasa tanggungjawab moral untuk membantu rakyat Palestin.
“Saya sertai flotila kerana saya rasa itulah yang terbaik untuk rakyat Palestin, dan juga untuk negara saya,” katanya.
Ujian dalam tahanan
Bortolazzi menceritakan bahawa suasana ketika ditahan oleh Israel sangat mencabar.
Lebih menyayat hati, beliau menyaksikan bagaimana rakan-rakan sepasukannya dari Turki yang beragama Islam dihalang daripada menunaikan solat.
“Ketika mereka sedang solat, tentera Israel masuk dan menghalang mereka untuk solat.
“Saya rasa perlu untuk menentang tindakan itu. Selepas itu, bersama seorang rakan, saya mengucap dua kalimah syahadah,” dedahnya.
Beliau menyifatkan keputusan itu sebagai sesuatu yang sangat peribadi dan bermakna. Katanya, saat itu seolah-olah dirinya ‘dilahirkan semula’ dan rasa gembira yang sukar digambarkan.
Bortolazzi juga tidak menafikan pengalaman getir ketika berada dalam sel penjara Israel. Beliau menggambarkan detik-detik penuh ketakutan kerana menyedari nyawa mereka berada dalam ancaman.
“Kami menghadapi saat yang benar-benar dahsyat, banyak ketakutan, kerana kami mempertaruhkan nyawa bersama. Kami tetap bersatu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau juga menyeru agar masyarakat antarabangsa memberi perhatian dan sokongan kepada usaha membantu rakyat Palestin.
BACA: Selamat Tiba Di Turki, Aktivis GSF Dedah Detik Hitam Ditahan Israel
Sumber: anadoluagency/TikTok
The post GSF: Aktivis Itali Peluk Islam Semasa Dalam Tahanan appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime