Hujan Lebat Di 3 Negeri Malam Ini
Hujan Lebat Di 3 Negeri Malam Ini
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan melanda tiga negeri sehingga jam 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan lebat berlaku di Terengganu iaitu di hanya di daerah Kemaman.
Manakala, di Pahang pula melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
Keadaan hujan buruk juga diramal akan melanda negeri Sabah iaitu di daerah Pedalaman (Nabawan) dan Sandakan (Kinabatangan).
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
The post Hujan Lebat Di 3 Negeri Malam Ini appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime