Intermark Mall & Play Nation Hidupkan Semula Kemeriahan Malaysia Menerusi Serasa Merdeka 2.0
Intermark Mall & Play Nation Hidupkan Semula Kemeriahan Malaysia Menerusi Serasa Merdeka 2.0
Tiada suasana yang lebih membangkitkan nostalgia selain aroma dan hiruk-pikuk sebuah kopitiam di kawasan kejiranan. Di sinilah pagi bermula dengan sekeping roti kaya dan telur separuh masak yang sempurna, cerita dikongsi sambil menikmati secawan kopi panas, dan masyarakat daripada pelbagai latar belakang berkumpul secara bersahaja di meja yang sama. Boleh dikatakan, kopitiam merupakan sebahagian daripada nadi kehidupan muhibah rakyat Malaysia, tempat makanan menjadi bahasa bersama dan antara generasi harian bertukar menjadi kenangan yang berpanjangan.
Sempena sambutan Merdeka tahun ini, suasana yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia dihidupkan semula di Intermark Mall menerusi sambutan Serasa Merdeka 2.0. Bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69 dan Tahun Melawat Malaysia 2026, kempen ini meraikan segala yang dekat di hati rakyat Malaysia tentang budaya yang dikongsi bersama, daripada sajian kegemaran di kopitiam yang sarat dengan nostalgia dan pengalaman interaktif yang menyeronokkan, hinggalah kepada inisiatif kemasyarakatan yang bermakna dan menggalakkan semua pengunjung untuk meraikannya bersama.
Intermark Mall dan Play Nation sekali lagi berganding bahu untuk membawakan pengalaman yang sememangnya unik dan mencerminkan semangat jiwa rakyat Malaysia. Bersama, mereka mengubah ruang pusat beli-belah ini menjadi destinasi yang meriah, membolehkan pengunjung mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak, mengumpul cenderamata eksklusif dan meraikan detik-detik kecil yang mengeratkan hubungan sesama masyarakat.
Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, Intermark Mall menjadi tumpuan komuniti yang terdiri daripada golongan pekerja pejabat, penduduk setempat, ekspatriat serta pengunjung antarabangsa. Serasa Merdeka 2.0 mencerminkan kepelbagaian ini dengan mengalu-alukan semua, sama ada rakyat Malaysia mahupun mereka yang pertama kali merasai kemeriahan sambutan Merdeka untuk sama-sama menikmati kemesraan, keramahan dan semangat kepelbagaian budaya yang menjadikan Malaysia begitu istimewa.
Sebagai sebahagian daripada pembangunan bersepadu Intermark, Serasa Merdeka 2.0 turut mendapat sokongan AmanahRaya-Kenedix REIT Manager Sdn. Bhd., sekali gus mencerminkan komitmen bersama dalam membina sebuah komuniti yang dinamik dan saling berhubung merentasi komponen peruncitan, pejabat serta hospitaliti dalam pembangunan ini.

Sambutan membuka tirai menerusi persembahan penuh makna oleh para pelajar Primrose Hill International School, yang menyemarakkan semangat patriotik di pusat beli-belah tersebut dengan persembahan lagu Negaraku serta lagu rakyat yang tidak lekang dek zaman, Chan Mali Chan. Sesi bersama media kemudiannya diteruskan dalam suasana santai dan penuh keceriaan apabila para tetamu berpeluang bersantai sambil menyertai sesi permainan mahjong yang dikendalikan oleh Tai Tai Club. Sebagai antara permainan warisan yang dinikmati merentasi generasi, mahjong menambahkan sentuhan nostalgia budaya pada petang tersebut, di samping menyediakan ruang santai untuk para tetamu berinteraksi dan berkongsi dalam semangat kebersamaan.
Bukan sekadar meraikan Merdeka, Intermark Mall turut berharap untuk menyemai nilai keprihatinan dalam kalangan generasi muda menerusi penglibatan dalam komuniti serta amalan kemampanan yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian. Dengan melibatkan golongan muda dalam inisiatif seperti Serasa Merdeka 2.0, pusat beli-belah ini berhasrat untuk melahirkan generasi masa hadapan yang bukan sahaja menghargai kepelbagaian Malaysia, malah memahami kepentingan menjaga komuniti dan alam sekitar di sekeliling mereka.

Evelyn Woon, Pengurus Besar, Bahagian Pemasaran, berkata:
“Bagi kami, semangat Merdeka sentiasa tentang menghargai perkara-perkara kecil yang membuatkan kita bangga menjadi rakyat Malaysia, sambil terus menghayati keindahan dan keunikan tanah air kita. Tahun ini, kami teruja untuk mengalu-alukan kembali Play Nation ke Intermark Mall bagi membawakan sebuah pengalaman yang penuh keceriaan, nostalgia dan makna. Bagi kami, perkara paling bermakna adalah melihat bagaimana detik-detik kecil mampu mendekatkan kita. Sama ada menerusi sarapan tempatan kegemaran, cenderamata yang membangkitkan nostalgia atau detik yang dikongsi bersama keluarga dan sahabat, kami berharap para pengunjung membawa pulang kenangan yang benar-benar mencerminkan jiwa Malaysia.”
Menjadi tumpuan utama sambutan tahun ini adalah sentuhan kreatif Play Nation terhadap budaya sarapan pagi yang begitu disayangi oleh rakyat Malaysia. Berinspirasikan sajian kegemaran di kopitiam yang cukup dikenali, kolaborasi ini memperkenalkan enam rekaan eksklusif rantai kunci plush (mainan lembut) dalam kotak misteri (blind box), yang mengangkat sajian ikonik tempatan menjadi koleksi comel, sekali gus meraikan cita rasa yang telah sebati dalam kehidupan rakyat Malaysia merentasi generasi.”

Pengunjung boleh terus menikmati pengalaman kempen ini di pop-up (ruang niaga sementara) Play Nation di Ground Atrium, yang menampilkan koleksi barangan eksklusif Intermark. Daripada cenderamata koleksi kepada detik menyeronokkan yang dikongsi bersama keluarga, sahabat dan rakan sekerja, pop-up ini memperluaskan semangat Serasa Merdeka 2.0 kepada pengalaman pengunjung di seluruh Intermark Mall.
Pengunjung yang berbelanja sebanyak RM350 dalam dua resit layak menebus satu rantai kunci plush eksklusif dalam kotak misteri, selagi stok masih ada, dengan enam rekaan unik untuk dikumpul. Bagi mereka yang ingin membawa pulang lebih banyak lagi sentuhan nostalgia, Serasa Tiffin rekaan khas oleh Play Nation turut ditawarkan pada harga istimewa Purchase-With-Purchase (PWP) RM39.90 (harga jualan biasa: RM59.90) sepanjang tempoh kempen.
Wong Kai Jun & Wong Kai Lin, Pengarah Urusan & Pengasas Bersama Play Nation, berkata:
“Ketika kali pertama bekerjasama dengan Intermark Mall sempena sambutan Krismas, kami dapat menyaksikan sendiri bagaimana aktiviti bermain mampu merapatkan hubungan merentasi generasi. Serasa Merdeka 2.0 memberi kami peluang untuk meraikan sesuatu yang begitu dekat dengan identiti Malaysia dengan mengangkat sajian kegemaran kopitiam yang sudah sebati dalam kehidupan masyarakat, menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan boleh dikumpul. Kami berharap setiap koleksi plush, setiap permainan dan setiap gelak tawa yang dikongsi bersama dapat mengingatkan kita bahawa kenangan yang paling bermakna sering tercipta daripada detik-detik sederhana, apabila kita meluangkan masa bersama.”

Tiada sambutan budaya Malaysia yang lengkap tanpa makanan yang menjadi sumber inspirasinya. Sepanjang Serasa Merdeka 2.0 berlangsung, Intermark Mall turut mengetengahkan Daily Kopitiam, sambil mengajak para pengunjung mengimbau kembali sajian tempatan yang dekat di hati menerusi tawaran hidangan eksklusif.
Dengan perbelanjaan minimum RM20 dalam satu resit untuk makan di premis, pengunjung boleh menebus salah satu daripada tiga hidangan istimewa yang ditawarkan secara bergilir setiap minggu iaitu Set Roti Kaya & Telur klasik, Nasi Lemak klasik atau Kuih Nyonya yang menyelerakan. Tawaran ini sah dari 18 Ogos hingga 6 September, sementara stok masih ada.
Di sebalik kemeriahan sambutan, Serasa Merdeka 2.0 turut meneruskan komitmen Intermark Mall dalam membina sebuah komuniti yang menjadikan amalan melakukan kebaikan sebahagian daripada kehidupan seharian.
Sejak memperkenalkan program pengumpulan pakaian terpakai bersama SIB/Blessed Store pada Julai 2025, pusat beli-belah ini telah berjaya mengumpulkan hampir 5,000kg pakaian yang disumbangkan. Pada 2026 dan seterusnya, Intermark Mall bekerjasama dengan Life Line Clothing, selaras dengan hala tuju Pavilion REIT, bagi memberikan kehidupan kedua kepada ribuan helai pakaian di samping menggalakkan amalan penggunaan yang lebih berhemah dan bertanggungjawab.
Meneruskan usaha ini, Intermark Mall berharap dapat menggalakkan tahap penyertaan yang sama menerusi inisiatif pengumpulan sisa elektronik (e-waste) yang sedang dijalankan bersama ERTH. Kerjasama ini turut diperluaskan merangkumi bengkel dan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan kesedaran tentang kitaran kemampanan. Sebagai sebuah pusat beli-belah yang terletak di salah satu kawasan perniagaan paling sibuk di Kuala Lumpur, Intermark berada pada kedudukan yang strategik untuk menjadikan amalan kitar semula yang bertanggungjawab lebih mudah diakses oleh golongan pekerja pejabat, penduduk sekitar dan para pengunjung. Usaha ini diharap dapat menggalakkan amalan mampan yang mudah diamalkan dan mampu membawa perubahan bermakna apabila dilakukan secara bersama.
Serasa Merdeka 2.0 lebih daripada sekadar sambutan Merdeka. Kempen ini juga merupakan penghargaan terhadap pengalaman seharian yang selama ini menyatukan rakyat Malaysia, daripada kehangatan sarapan pagi yang dikongsi merentasi generasi dan keterujaan mendapatkan koleksi baharu, hinggalah kepuasan yang dirasai apabila dapat menyumbang kembali kepada komuniti.
Sama ada anda kembali mengimbau kenangan zaman kanak-kanak atau baru pertama kali mengenali tradisi Malaysia, Serasa Merdeka 2.0 mengajak semua untuk merasai kegembiraan berkumpul dan berkongsi di meja yang sama. Di Malaysia, kisah-kisah yang paling bermakna bukan sekadar tentang makanan yang kita kongsi, tetapi juga tentang insan yang bersama-sama menikmatinya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Intermark Mall, https://www.intermark-mall.com/
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.