Isu RCI Dibincangkan Di Kabinet, Kenyataan Rasmi Menyusul – PM Anwar
1 min read

Isu RCI Dibincangkan Di Kabinet, Kenyataan Rasmi Menyusul – PM Anwar

Isu RCI Dibincangkan Di Kabinet, Kenyataan Rasmi Menyusul – PM Anwar

KAJANG, 27 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Beliau berkata perbincangan tersebut berjalan lancar dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat untuk menjelaskan perkara itu.

“Kita dah bincang elok tadi, nanti ada kenyataan (akan dikeluarkan),” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Pekan Kajang, di sini hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dilaporkan akan mencadangkan kepada mesyuarat Kabinet hari ini, supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’.

Dakwaan ‘mafia korporat’ berkisar tentang dakwaan bahawa pegawai kanan SPRM mengatur kempen intimidasi, memberi tekanan kepada eksekutif dan pemegang saham syarikat awam tersenarai untuk meletak jawatan atau menjual saham mereka pada harga diskaun tinggi kepada rangkaian ahli perniagaan yang mempunyai hubungan.

Berita Terkini

Berita Terbaru

Daftar Terbaru

News

Jasa Impor China

Berita Terbaru

Flash News

RuangJP

Pemilu

Berita Terkini

Prediksi Bola

Technology

Otomotif

Berita Terbaru

Teknologi

Berita terkini

Berita Pemilu

Berita Teknologi

Hiburan

master Slote

Berita Terkini

Pendidikan

Resep

Jasa Backlink

Slot gacor terpercaya

Anime Batch