Jangan Buang Dalam Sinki, Ini Cara Betul Uruskan Sisa Minyak, Tepung & Kuah
2 mins read

Jangan Buang Dalam Sinki, Ini Cara Betul Uruskan Sisa Minyak, Tepung & Kuah



Jangan Buang Dalam Sinki, Ini Cara Betul Uruskan Sisa Minyak, Tepung & Kuah

Dalam dunia masakan, bahan asas utama yang sering digunakan untuk menyediakan makanan adalah minyak masak. Ia sering digunakan untuk menggoreng makanan, menumis dan sebagainya.

Tanpa kita sedari, penggunaan minyak dalam setiap masakan itu kadang kala tidak dibuang dengan betul. Malah, ada yang membuangnya terus ke dalam sinki.

Bukan itu sahaja, baki-baki kuah dari lauk yang dimasak, tepung dan sebagainya turut dibuang begitu sahaja ke dalam sinki.

Hal ini menyebabkan sinki rumah kita sering tersumbat dan sistem perpaipan turut menjadi tercemar.

Selain itu, membuang sisa minyak, kuah dan tepung ke dalam sinki juga boleh menyebabkan ia menjadi mengeras dan menyukarkan kita melakukan rutin pembersihan di dapur.

Lebih teruk, ia juga mampu menarik minat binatang atau serangga seperti lipas, tikus, lalat dan macam-macam lagi sekiranya sisa tersebut tidak diuruskan dengan betul.

BACA: Nampak Macam Baru Beli, Ini Rahsia Hilangkan Kesan Kuning Pada Bantal

Jadi, daripada anda membuang sisa-sisa tersebut ke dalam sinki, ikuti perkongsian dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam berkenaan cara pengurusan sisa dengan betul.

Cara betul buang kuah berlemak:

Anda perlu sejukkan dahulu kuah tersebut supaya lemak beku dari kuah itu naik ke atas. Selepas itu, kaut lapisan lemak dengan sudu ataupun tisu dapur. Jangan lupa untuk buang tisu tersebut ke dalam tong sisa domestik.

Selepas itu, tapis cecair selebihnya tanpa minyak atau tanpa lemak jelas dan barulah boleh tuangnya ke dalam sinki.

Sisa tepung:

Untuk tepung yang bergumpal atau bancuhan rosak, anda boleh lap dengan tisu atau biarkan ia kering dan buang ke dalam tong sisa biasa.

Jika tepung yang belum digunakan atau kering, anda boleh simpan semula ke dalam bekas kedap udara. Ingat, jangan buang tepung cair terus ke sinki. Biarkan mengeras dahulu, baru buang.

Minyak terpakai:

Kalau anda jarang masak, anda boleh sahaja gunakan cooking oil hardener. Tapi, jika anda kerap memasak, anda perlu tapiskan dahulu minyak tersebut dan kumpulkan ia ke dalam satu bekas atau botol.

Kemudian, bolehlah anda jual ke pusat kitar semula atau pembeli minyak terpakai berhampiran anda.

BACA: Tandas Bau Hancing & Berkerak? Anda ‘Wajib’ Cuba Cara Ini

Jadi, pengurusan sisa-sisa ini sebenarnya amat penting dan bukan sahaja mencerminkan disiplin dan kebersihan kita di dapur, malah menunjukkan kepekaan kita terhadap alam sekitar.

Ingat, buang dengan cara yang betul.

Sumber: SWCorp

The post Jangan Buang Dalam Sinki, Ini Cara Betul Uruskan Sisa Minyak, Tepung & Kuah appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center