Jangan Pelik Kalau Harga Teh Tarik Makin Mahal, Ramai Belum Tahu Konflik AS-Iran Sebenarnya Dah Mula ‘Cucuk’ Dompet
6 mins read

Jangan Pelik Kalau Harga Teh Tarik Makin Mahal, Ramai Belum Tahu Konflik AS-Iran Sebenarnya Dah Mula ‘Cucuk’ Dompet

Jangan Pelik Kalau Harga Teh Tarik Makin Mahal, Ramai Belum Tahu Konflik AS-Iran Sebenarnya Dah Mula ‘Cucuk’ Dompet

Bila sebut pasal konflik antara Iran dengan Amerika Syarikat (AS)-Israel, ramai antara kita rasa macam benda tu berlaku kat ‘planet’ lain.

Kita rasa selamat sebab duduk jauh di Asia Tenggara, stesen minyak pun masih tak ada barisan panjang macam zaman PKP dulu.

Tapi sedar atau tidak, impak perang tu sebenarnya dah sampai pun ke dalam gelas teh tarik yang kita minum setiap pagi!

Datuk Zainul Arifin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Big Boom Media dalam coretannya menjelaskan bahawa kita sekarang berada dalam fasa yang agak bahaya, kalau kita terus nak berpolitik tanpa fikir risiko ekonomi yang lebih besar.

1. Konflik ‘Jauh’ Tapi Kesan ‘Dekat’

Kredit: AFP

Kita kena sedar yang Malaysia ni sebuah negara perdagangan. Bila berlaku pergolakan di Timur Tengah, ia bukan sekadar berita TV.

Malaysia sangat bergantung kepada eksport dan import.

Walaupun kita rasa ‘selamat’ sebab adanya subsidi minyak yang melindungi kita daripada harga pasaran dunia, itu bukan tiket untuk kita buat tak tahu.

Impak globalisasi ni maksudnya: bila sana ‘bersin’, kita kat sini boleh ‘demam’

2. Isu Minyak Jadi ‘Bola Politik’

Kredit: Bernama

Sekarang ni, harga petrol dan diesel dah jadi modal utama untuk sesetengah pihak berbalas hujah. Ada yang kata, “Kita kan pengeluar minyak, kenapa harga tak turun-turun?”.

Malah, ada yang sampai ‘melobi’ kata kalau kerajaan tak boleh turunkan harga minyak, lebih baik tak payah memerintah.

Tapi korang tahu tak realitinya?

Harga RON95: walaupun harga dunia tengah melonjak, majoriti rakyat Malaysia masih bayar RM1.99 seliter. Bantuan Diesel: Kerajaan tetap bagi bantuan tunai untuk mereka yang layak.

Masalahnya, kita terlalu sibuk berpolitik sampai lupa kesan jangka panjang. Kalau harga minyak dunia naik, kos perniagaan naik, dan akhirnya kos sara hidup kita semua yang akan melambung.

3. Penangan ‘Selat Hormuz’ – Nadi Minyak Dunia

Kredit Bernama

Korang kena tahu, hampir 40 peratus minyak mentah yang dibawa masuk ke Malaysia perlu melalui Selat Hormuz.

Bayangkan kalau Amerika buat sekatan (blockade) kat situ atau kalau ada kilang penapis yang terbakar akibat serangan?

Bekalan global akan terjejas teruk, harga minyak mentah dunia boleh melompat ke US$100 hingga US$120 setong selain kos insurans kapal dan pengangkutan (freight) pun akan naik mencanak.

4. Bil Subsidi Yang ‘Mengerikan’

Kredit: AFP

Ini fakta yang ramai orang tak nak dengar. Kerajaan asalnya nak jimat RM2.5 bilion tahun ini melalui rasionalisasi subsidi, tapi perang di Iran dah ‘rosakkan’ pelan tu.

Pada bulan Januari, masa minyak dunia sekitar US$75 setong, kerajaan belanja RM700 juta untuk subsidi. Tapi bila perang bermula, bil subsidi melonjak jadi RM4 bilion ke RM6 bilion SEBULAN!

Kalau trend ni berterusan, negara mungkin kena tanggung subsidi sehingga RM72 bilion setahun, iaitu hampir 17 peratus daripada keseluruhan Bajet dalam belanjawan 2026.

Duit sebanyak itu sepatutnya boleh diguna untuk sekolah, hospital, dan kebajikan lain.

5. Petronas Bukan ‘Bank Suka-Suka’

Kredit: Bernama

Ramai yang asyik tuduh Petronas untung besar atas penderitaan rakyat. Hakikatnya, Petronas ada tanggungjawab besar untuk negara yang melangkaui untung rugi. Mereka kena bayar dividen, royalti, dan cukai untuk isi tabung negara.

Lagi satu, Petronas sebenarnya cuma bekalkan kira-kira 48 peratus sahaja keperluan bahan api negara. Selebihnya 52 peratus dibekalkan oleh syarikat lain macam Shell, BHP, Caltex, dan Petron.

Jadi, tak adil kalau kita asyik ‘tembak’ satu pihak sahaja tanpa faham sistem bekalan negara yang kompleks ni.

6. Kesan Yang Bakal Kita Rasa Tak Lama Lagi

Kredit: Bernama

Walaupun jika perang berhenti esok, kesan ekonomi ni takkan hilang sekelip mata. Infrastruktur yang musnah perlukan masa setahun untuk dibina semula. Apa yang kita bakal hadapi?

  • Tarif Elektrik: Mungkin naik sebab kos bahan api penjanaan meningkat.

  • Kadar Faedah (OPR): Bank Negara mungkin terpaksa kekalkan kadar faedah tinggi untuk lawan inflasi.

  • Gaya Hidup: Dompet kita akan makin nipis, aktiviti perniagaan jadi perlahan, dan risiko kehilangan kerja pun ada.

Dalam situasi ini, rasionalnya kita tak perlu pun jadi penyokong tegar mana-mana parti politik untuk faham yang dunia tengah dalam krisis.

Kadang-kadang, kita perlu ‘berehat’ sekejap daripada mainan politik dan tengok realiti fakta.

Bila kerajaan minta kita jimat elektrik atau kurangkan pembaziran, janganlah kita terus nak perli atau ejek.

Tindakan kecil kita macam jimat tenaga 10 peratus sebenarnya boleh selamatkan berbilion ringgit duit negara yang boleh digunakan untuk masa depan anak cucu kita.

Datuk Zainul Arifin merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Big Boom Media yang menerbitkan Scoop.my

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch