Jenazah Mustaqqeem Selamat Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Ini
1 min read

Jenazah Mustaqqeem Selamat Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Ini



Jenazah Mustaqqeem Selamat Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Ini

IPOH, 17 Okt (Bernama) — Jenazah Mustaqqeem Mansoor yang ditemukan di Gunung Liang, dekat Tanjong Malim semalam, berjaya dibawa keluar oleh Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) pada 2.45 petang tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata jenazah dibawa turun dari puncak gunung berketinggian 1,933 meter menggunakan helikopter AW189.

“Helikopter dengan enam kru dari Pangkalan Udara JBPM Wilayah Tengah berlepas dari padang kawad Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 2.30 petang ke puncak Gunung Liang.

“Mangsa berjaya dibawa naik pada 2.45 petang menggunakan teknik winching dan diterbangkan ke padang kawad UPSI sebelum dibawa ke Hospital Slim River untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

BACA: Pendaki Hilang Di Gunung Liang Dua Hari Lepas Ditemukan Maut

Shazlean berkata percubaan pertama membawa keluar mangsa pada sebelah pagi tidak dapat dilakukan kerana hujan dan awan tebal di persekitaran gunung.

Sementara itu, komander operasi Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazari ketika dihubungi berkata dua malim gunung kekal berada di puncak gunung bagi memastikan mayat mangsa selamat sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat.

Mustaqqeem, 34, ditemukan meninggal dunia pada 3.30 petang semalam, di puncak Gunung Liang Barat selepas bersama-sama 10 rakan memulakan pendakian pada 10 Okt dari Bukit Fraser, Pahang dan kali terakhir dilihat pada 14 Okt.

Sumber: Bernama

The post Jenazah Mustaqqeem Selamat Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Ini appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center