JPN Kongsi Sebab Kenapa Kod Negeri Pada IC Tidak Disusun Ikut Negeri
1 min read

JPN Kongsi Sebab Kenapa Kod Negeri Pada IC Tidak Disusun Ikut Negeri



JPN Kongsi Sebab Kenapa Kod Negeri Pada IC Tidak Disusun Ikut Negeri

Kad pengenalan atau MyKad adalah dokumen paling penting yang perlu dijaga dengan rapi dan sentiasa dibawa ke mana sahaja.

Ia berfungsi sebagai bukti pengenalan diri serta mengesahkan status kewarganegaraan seseorang.

Di Malaysia, MyKad ialah kad pintar pelbagai fungsi yang dikeluarkan kepada warganegara dan pemastautin.

Selain menjadi bukti identiti rasmi, MyKad turut menyokong pelbagai perkhidmatan lain seperti lesen memandu, e-dompet, rekod kesihatan, malah boleh digunakan dalam urusan tertentu dengan agensi kerajaan.

Keistimewaan MyKad juga terletak pada kemampuannya menggabungkan pelbagai maklumat penting dalam satu kad yang mudah dibawa.

Setiap MyKad mempunyai nombor kod berdaftar yang merujuk kepada individu  seperti, tarikh lahir, kod negeri dan 4 digit belakangnya.

Tapi pernah tak anda terfikir mengapa kod negeri pada MyKad tidak disusun secara rawak?

Menarik bukan. Jadi, SK hari ini mari kita ketahui rahsia disebalik perkara ini di bawah.

Sebab Kenapa Kod Negeri Pada Ic Tidak Disusun Ikut Negeri

Menurut perkongsian Jabatan Pendaftaran Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di TikTok, digit kod negeri sebenarnya disusun mengikut susunan negeri dalam Malaya mengikut abjad terawal pada negeri, sebelum diteruskan ke Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan.

Contohnya:

01 – Joh0r

02 – Kedah

03 – Kelantan

04 – Melaka

05 – Negeri Sembilam

06 – Pahang

07 – Penang

08 – Perak

09 – Perlis

10 – Selangor

11 – Terengganu

12 – Sabah

13 – Sarawak

14 – Kuala Lumpur

15 – Labuan

16 – Putrajaya

Gambar: TikTok @jpnwpkl

Semoga bermanfaat

Sumber: TikTok @jpnwpkl

BACA: MyKad Rosak? Ini Syarat, Dokumen & Cara Buat Permohonan Gantian Secara “Online”

BACA: Cara Bayar On-Street Parking Guna TnG eWallet

The post JPN Kongsi Sebab Kenapa Kod Negeri Pada IC Tidak Disusun Ikut Negeri appeared first on Siakap Keli.





Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center