Jualan Pertengahan Tahun Taobao 618 Cetus ‘Trend’ Perbelanjaan Lebih Bijak
7 mins read

Jualan Pertengahan Tahun Taobao 618 Cetus ‘Trend’ Perbelanjaan Lebih Bijak

Jualan Pertengahan Tahun Taobao 618 Cetus ‘Trend’ Perbelanjaan Lebih Bijak

Taobao Malaysia hari ini mengumumkan kembalinya Jualan Pertengahan Tahun 618 yang dinanti-nantikan, salah satu kempen tahunan terbesar platform setanding dengan 11.11.

Berlangsung dari 21 Mei hingga 21 Jun 2026 di aplikasi Taobao, acara jualan selama sebulan ini menawarkan pelbagai promosi menarik, perkhidmatan penghantaran udara yang dipertingkatkan dengan tempoh penghantaran ke bandar utama seawal lima hari, serta ciri baharu berasaskan AI bagi meningkatkan pengalaman membeli-belah pengguna di Malaysia.

Seiring perubahan keadaan global dan peningkatan kos sara hidup, serta pelaksanaan dasar kerja dari rumah, pengguna di Malaysia kini semakin cenderung kepada perbelanjaan yang lebih rasional dan terancang. Berbanding pembelian impulsif ketika jualan mega, pengguna kini lebih mengutamakan pembelian yang memberi nilai sebenar dan meningkatkan kualiti hidup.

Daripada barangan keperluan rumah yang menaikkan suasana kediaman, peralatan dapur yang meningkatkan kecekapan, pakaian sukan kasual yang selesa, peralatan pejabat kompak yang membantu fokus, kelengkapan luar untuk percutian hujung minggu, hingga barangan gaya hidup untuk kesejahteraan harian, pengguna kini tidak lagi hanya mengejar harga murah, tetapi memberi keutamaan kepada nilai sebenar serta manfaat jangka panjang.

Bagi kempen tahun ini, Taobao Malaysia telah menyusun pilihan kedai trending dan produk bertaraf tinggi yang dikenal pasti berdasarkan prestasi jualan kukuh dan ulasan positif di Malaysia serta China. Inisiatif ini bertujuan membantu pengguna membuat keputusan pembelian dengan lebih yakin serta memudahkan penemuan produk berkualiti.

“Pengguna di Malaysia tidak kekurangan promosi, apa yang mereka cari adalah pilihan yang boleh dipercayai dan benar-benar sesuai dengan keperluan mereka. Taobao memahami bahawa pengguna amat menitikberatkan kualiti produk, kebolehpercayaan penjual dan ulasan pengguna. Oleh itu, kami telah memilih rangkaian kedai dan produk yang berkualiti tinggi, praktikal dan menarik dari segi rekaan untuk jualan pertengahan tahun ini, bagi memastikan setiap pembelian memberi nilai dan keyakinan.”

“Pada masa yang sama, kami mengintegrasikan keupayaan AI ke dalam pengalaman membeli-belah, membolehkan pengguna menemui lebih banyak lagi. Matlamat kami adalah untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik, yang membantu pengguna mencari apa yang sesuai dengan keperluan mereka dengan cepat sambil mendedahkan penemuan yang tidak dijangka antara berjuta-juta produk.” kata Jess Lew, Country Head Taobao Malaysia. 

Selaras dengan perubahan gaya hidup akibat susunan kerja hibrid dan peningkatan kos hidup, keperluan pengguna terhadap ruang kediaman dan gaya berpakaian juga berubah. Dari segi kediaman, terdapat peningkatan permintaan untuk susun atur kerja dari rumah yang lebih selesa seperti kerusi ergonomik, perabot pelbagai fungsi dan sudut kopi. Dalam fesyen pula, gaya pakaian yang serba guna dan selesa, seperti tren “clean fit” urban kasual, semakin mendapat perhatian.

Sepanjang kempen berlangsung, rakyat Malaysia boleh menikmati promosi di seluruh platform dengan diskaun sehingga 15%, di samping ganjaran pengguna baharu sehingga RM60, sekali gus tawaran eksklusif serendah RM1 untuk barangan terpilih, serta peluang menebus baucar penghantaran bagi pesanan pertama dan kedua.

Antara promosi utama kempen 618 daripada 21 Mei hingga 21 Jun selagi stok masih ada termasuk:

  • Taobao meningkatkan pelaburannya dalam subsidi penghantaran, dengan pengguna boleh menuntut baucar penghantaran udara RM12 tanpa perbelanjaan minimum setiap hari pada jam 12 tengah hari. Penghantaran ke bandar-bandar utama melalui penghantaran udara boleh tiba dalam masa lima hari sahaja.

  • Pengguna boleh menikmati penghantaran percuma apabila membeli-belah melalui saluran beli-belah RM119, dengan pilihan untuk menaik taraf kepada penghantaran udara dengan kos tambahan. 

  • Pengguna juga boleh menikmati diskaun segera RM68 dengan perbelanjaan minimum RM340, atau diskaun segera RM30 dengan perbelanjaan minimum RM300 pada tarikh terpilih termasuk 21 Mei, 30 Mei, 31 Mei, 18 Jun dan 21 Jun.

  • Baucar pengecualian yuran transaksi RM8 boleh didapati. 

  • Pengguna juga boleh menikmati potongan RM15 dengan perbelanjaan minimum RM150 menggunakan kod TB618WOW

Di samping itu, Taobao Malaysia telah bekerjasama dengan RHB Bank untuk menawarkan diskaun RM35 dengan perbelanjaan minimum RM250 apabila pembeli membuat pembayaran menggunakan kad RHB dari 10 hingga 20 Jun. Pemegang kad juga boleh menyertai peraduan Spend and Win (Belanja dan Menang) yang berlangsung dari 21 Mei hingga 21 Jun, di mana pembeli dengan kualiti perbelanjaan terkumpul tertinggi berpeluang memenangi salah satu daripada dua penginapan 2H1M (2 hari, 1 malam) di Park Hyatt bernilai lebih RM1,950, dengan pemandangan Menara Merdeka 118.

Menerajui Pengalaman Membeli-Belah yang Lebih Pintar dengan AI

Melangkah ke hadapan, Taobao turut mentakrif semula pengalaman membeli-belah dalam talian melalui integrasi Qwen AI oleh Alibaba Group ke dalam platform tersebut.

Ketika ini, ciri AI baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna di Malaysia melalui aplikasi Taobao pada antara muka berbahasa Cina. Pembantu membeli-belah AI baharu ini membolehkan pengguna melengkapkan keseluruhan perjalanan pembelian mereka, daripada pencarian dan perbandingan produk sehinggalah proses pembayaran serta sokongan selepas jualan.

Antara ciri menonjolnya ialah “AI Try-On” yang membolehkan pengguna memuat naik foto diri mereka untuk melihat bagaimana pakaian kelihatan serta padan dengan perincian yang realistik.

Alat ini turut memberikan cadangan gaya yang diperibadikan berdasarkan pilihan pengguna, troli pembelian serta tingkah laku pelayaran, sekali gus menawarkan pengalaman yang lebih intuitif dan disesuaikan.

Dengan menggabungkan promosi menarik, pemenuhan pesanan yang lebih pantas serta keupayaan AI yang berpandangan ke hadapan, Jualan Pertengahan Tahun 618 Taobao mengukuhkan kedudukannya sebagai pintu utama bagi pengguna Malaysia yang mencari nilai serta kepelbagaian dalam e-dagang rentas sempadan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen 618 serta kemas kini terkini, ikuti Taobao Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok, atau layari aplikasi tersebut.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch