Kanak-kanak Sedar Dari Koma 55 Hari Selepas Dengar Suara Rakan Sekelas
1 min read

Kanak-kanak Sedar Dari Koma 55 Hari Selepas Dengar Suara Rakan Sekelas


Kanak-kanak Sedar Dari Koma 55 Hari Selepas Dengar Suara Rakan Sekelas

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di wilayah Hunan dilapor kembali sedar selepas koma selama 55 hari apabila mendengar rakaman video daripada rakan sekelasnya.

Menurut South China Morning Post, Liu Chuxi yang merupakan seorang pelajar sekolah tempatan tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada November tahun lalu.

Difahamkan, mangsa mengalami kerosakan otak dan kecederaan paru-paru yang serius akibat nahas itu.

Sebelum ini, doktor memaklumkan kepada keluarganya bahawa peluang Chuxi untuk pulih adalah sangat tipis berdasarkan tahap kecederaan dialaminya.

Namun, ibunya enggan berputus asa dan membawa mangsa ke beberapa hospital untuk rawatan lanjut.

Seorang doktor kemudian mencadangkan agar bunyi biasa atau muzik kegemaran dimainkan untuk merangsang kawasan tertentu di otak mangsa.

Ibu Chuxi melakukan sesuatu untuk merangsang otaknya.

Bertindak atas saranan doktor, ibu Chuxi mula memainkan rakaman muzik loceng sekolah dan nada senaman pagi setiap hari untuk merangsang otaknya.

Pada masa sama, guru mangsa mengatur rakan sekelas untuk merakam video memberi kata-kata semangat.

Antara rakaman yang menyentuh hati ialah panggilan seorang rakan lelaki yang mengajaknya kembali bermain bola sepak sebaik sedar nanti.

Rakan-rakan lain juga merakam pesanan supaya Chuxi segera membuka mata kerana peperiksaan sekolah hampir tiba dan mereka ingin belajar bersama.

Selepas 45 hari rutin itu dijalankan, Chuxi mula menunjukkan tindak balas positif, termasuk menggerakkan kelopak matanya secara perlahan.

Kanak-kanak itu akhirnya sedar sepenuhnya pada hari ke-55, mampu menggerakkan tangan kirinya dan tersenyum apabila mendengar suara gurunya.

Ibu Chuxi menyifatkan kejadian itu sebagai satu keajaiban dan berharap pengalaman anaknya dapat memberi inspirasi kepada keluarga lain yang menghadapi situasi serupa.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center