Kereta Disita, Denda RM400 Jika Ekori Kenderaan Terlalu Rapat
1 min read

Kereta Disita, Denda RM400 Jika Ekori Kenderaan Terlalu Rapat



Kereta Disita, Denda RM400 Jika Ekori Kenderaan Terlalu Rapat

Pemandu di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal berdepan saman sebanyak Dh400 (kira-kira RM462) jika didapati mengekori kenderaan di hadapan pada jarak terlalu rapat, lapor portal Gulf News.

Menurut Polis Dubai dalam satu kenyataan, pemandu terbabit turut berdepan tindakan lain seperti dikenakan empat mata hitam serta penyitaan kenderaan selama 30 hari.

Difahamkan, undang-undang ini diperketatkan selepas ramai pemandu masih memandu terlalu rapat sehingga tidak sempat bertindak apabila kenderaan di hadapan memperlahankan kelajuan atau berhenti secara mengejut.

Teknologi AI digunakan bagi membendung masalah ini

Gulf News melaporkan, perbuatan itu turut meningkatkan risiko kemalangan berantai membabitkan banyak kenderaan, selain mencetuskan ketegangan dan mendorong pertukaran lorong secara tiba-tiba.

Bagi membendung tingkah laku itu, pihak polis meningkatkan penguatkuasaan dengan menggunakan radar canggih yang dilengkapi kecerdasan buatan (AI) yang ditempatkan secara strategik di jalan utama dan lebuh raya.

Dalam masa sama, ia dapat mengesan pesalah lalu lintas dan secara automatik mengeluarkan saman.

BACA: Projek Kereta Api Laju Indonesia Rugi Hampir RM261.4 Juta Separuh 2025

BACA: Tamat 10km Kurang 2 Jam, Warga Emas 91 Tahun Jadi Tumpuan
BACA: Polis Buka Semula Kertas Siasatan Kematian Wan Ahmad Faris – Saifuddin Nasution
BACA: 42 Bungkusan Disyaki Dadah Ditemui Dalam Bot Hanyut – Maritim Malaysia

Sumber: Gulf News

The post Kereta Disita, Denda RM400 Jika Ekori Kenderaan Terlalu Rapat appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center