Klook Travel Fest 2025 Menjemput Rakyat Malaysia Bermain, Teroka Dan Menang Besar
3 mins read

Klook Travel Fest 2025 Menjemput Rakyat Malaysia Bermain, Teroka Dan Menang Besar



Klook Travel Fest 2025 Menjemput Rakyat Malaysia Bermain, Teroka Dan Menang Besar

Bersiaplah, para kaki cuti dan pengembara, Klook Travel Fest (KTF) 2025 kembali dengan edisi yang lebih hebat dan menyeronokkan! Tahun ini, festival KTF menawarkan lebih 50,000 hadiah dan ganjaran pasti menang, termasuk baucar perjalanan serta pelbagai tawaran gaya hidup menarik.

Bertemakan “The Great Travel Game”, festival ini akan berlangsung dari 10 hingga 12 Oktober 2025 di Orange Concourse, Sunway Pyramid (Aras LG2), yang bakal diubah menjadi taman permainan bertema permainan papan yang penuh warna-warni. Setiap langkah anda membawa peluang untuk memenangi hadiah menarik, menikmati flash deals, dan merancang destinasi percutian impian.

Pintu akan dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam sepanjang hujung minggu, dan dibuka kepada orang ramai mulai 11:30 pagi pada hari Jumaat, 10 Oktober 2025.

Selepas enam tahun tidak diadakan, Klook kembali dengan penganjuran terbesar bertemakan percutian, kali ini dengan sentuhan interaktif yang menggabungkan keseronokan bermain dan meneroka dunia.

Para pengunjung boleh “melancong” melalui sembilan zon destinasi Asia termasuk China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam sambil menikmati pelbagai tawaran eksklusif dan pengalaman menarik.

Apa yang menanti pengunjung:

  • Tawaran eksklusif perjalanan dengan diskaun sehingga RM800 untuk percutian seterusnya.
  • Flash deals sehingga 50% diskaun dan promosi Beli 1 Percuma 1 untuk aktiviti dan tarikan di Klook.
  • Peluang memenangi percutian StarDream Cruises apabila anda melengkapkan peta perjalanan anda.
  • Aktiviti dan promosi khas daripada Sunway Theme Parks, LEGOLAND® Malaysia Resort, ESCAPE Theme Park, Atome, AirAsia Ride, UNIQLO, ZUS COFFEE, Juice Works dan Disney Adventure.

Tarikan utama yang tidak boleh dilepaskan:

Selain tawaran hebat, KTF 2025 menjanjikan hujung minggu penuh pengalaman menarik untuk setiap jenis pengembara:

  • Ask Klook Booth – Dapatkan nasihat percutian peribadi daripada pakar Klook.
  • Travel Guide & Itinerary Corner – Rancang percutian anda di stesen interaktif dan temui destinasi baharu.
  • Gerai Permainan Interaktif – Sertai cabaran bertemakan percutian dan menangi hadiah serta-merta.
  • Pentasan Utama – Nikmati persembahan, bengkel dan sesi interaktif yang menghiburkan.
  • Sesi Bicara Perjalanan – Dengar perkongsian daripada pakar pelancongan dengan tip eksklusif mereka.
  • Flash Deals & Ganjaran Eksklusif – Rebut tawaran masa terhad yang hanya tersedia semasa acara berlangsung.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh bergambar di zon foto bertema, menikmati hiburan langsung di pentas utama, dan berbual dengan pakar percutian Klook di Ask Klook Zone untuk mendapatkan inspirasi bagi percutian seterusnya.

Kemasukan adalah percuma, jadi ajak rakan dan keluarga anda untuk menikmati hujung minggu yang penuh keseronokan, inspirasi percutian dan tawaran luar biasa.

Sama ada anda sedang merancang percutian hujung tahun atau pengembaraan besar yang seterusnya, KTF 2025 adalah pasport anda untuk bermain, meneroka dan menang besar!

Untuk maklumat lanjut mengenai Klook Travel Fest 2025, sila layari laman web rasmi Klook. www.klook.com/en-MY/tetris/promo/my-klooktravelfest.

The post Klook Travel Fest 2025 Menjemput Rakyat Malaysia Bermain, Teroka Dan Menang Besar appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center